Siakap Keli
drama tepi kolam pasangan kekasih
Gambar: Video Tular

Polis Siasat ‘Drama’ Tepi Kolam Libatkan Pasangan Kekasih

Polis Siasat ‘Drama’ Tepi Kolam Libatkan Pasangan Kekasih

SUBANG JAYA — Polis sedang menyiasat seorang lelaki yang didakwa menarik rambut dan mengheret kekasihnya ke dalam kolam renang di sebuah kondominium di Jalan Taylor, Bandar Sunway, lapor Sinar Harian.

Siasatan itu dilakukan selepas mangsa membuat laporan polis sejurus tindakan yang dilakukan oleh pasangannya itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, ‘drama’ tersebut telah tular di platform media sosial sebelum dikesan oleh pihaknya.

Tambah Wan Azlan, hasil siasatan mendapati insiden yang melibatkan dua warga asing itu berlaku sekitar jam 3 petang di lokasi kejadian.

“Mangsa telah membuat laporan polis berkenaan kejadian bagaimanapun menyatakan tidak mahu meneruskan kes serta tidak mahu sebarang tindakan diambil terhadap teman lelakinya.

“Mangsa juga mendakwa tidak mengalami sebarang kecederaan dan tidak mahu mendapatkan rawatan,” maklumnya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau turut menyatakan pihaknya sentiasa memandang serius berkaitan sebarang aktiviti atau perlakuan jenayah yang berlaku.

“Orang ramai diminta untuk sentiasa memberikan kerjasama kepada polis dalam menyalurkan sebarang kegiatan mencurigakan.

“Sebarang info boleh disalurkan dengan menghubungi talian 03-78627100 (Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya) untuk tindakan lanjut, segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” katanya lagi.

Terdahulu tular di media sosial pergaduhan antara dua individu dipercayai pasangan kekasih berhampiran tepi kolam renang di sebuah kondominium pada Jumaat.

BACA: Kereta Selalu Lekat Dalam ‘Traffic Jam’ Perlu Kerap Tukar Minyak Enjin? Ini Penjelasan Pakar

Dua Lelaki Cedera, Bergaduh Rebut “Isteri Orang”

Dalam satu kejadian yang berlaku di Surabaya, Indonesia tahun lalu, dua orang lelaki dilapor cedera akibat bergaduh gara-gara berebut seorang wanita dalam kejadian di sebuah kedai kopi.

Menurut Tribun News, kedua-duanya dikatakan mengalami kecederaan dan telah dikejarkan ke Hospital Soewandi.

Bagaimanapun apa yang lebih mengejutkan, wanita itu rupanya adalah isteri seorang lelaki dari Pogot, Surabaya. Namun, hubungan mereka dikatakan berdepan masalah.

Sumber: Sinar Harian

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?