Siakap Keli
kereta tukar minyak enjin
Gambar: Insurance oil & X

Kereta Selalu Lekat Dalam ‘Traffic Jam’ Perlu Kerap Tukar Minyak Enjin? Ini Penjelasan Pakar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kereta Selalu Lekat Dalam ‘Traffic Jam’ Perlu Kerap Tukar Minyak Enjin?

Minyak enjin tidak dinafikan merupakan salah satu cecair penting yang penting dalam penggunaan enjin kenderaan.

Minyak pelincir ini bukan sekadar menjaga kualiti enjin kereta namun ia juga dapat menjadi bahan pembersih dalam mengurangkan risiko kerosakan enjin selain melancarkan pergerakan.

Umum mengetahui bahawa minyak ini perlu ditukar secara berkala berdasarkan jarak tempuh (mileage ) sesebuah kereta tersebut. Barulah sistem enjin dapat berfungsi secara optimum dan memberikan pengalaman pemanduan yang terbaik.

Namun, sesetengah pendapat mengatakan minyak enjin juga perlu ditukar lebih kerap sekiranya ia sering berada dalam kesesakan lalu lintas? Betulkah?

Oleh itu, SK hari ini akan berkongsikan kata pakar, Dr Aid Fawzal yang mempunyai PhD dalam bidang kejuruteraan mekanikal berhubung persoalan ini.

BACA: Siap Ada Meja Sendiri, Kucing Dibawa “Fine Dining” Tengok Menu Pun Rasa Mewah

Betul ke kalau kereta banyak berada dalam traffic jam lebih kerap tukar minyak enjin?

tukar minyak enjin
Gambar: X

Menurut Dr Aid Fawzal, beliau memaklumkan bahawa kenyataan tersebut adalah betul.

Katanya, minyak enjin atau minyak hitam adalah minyak pelincir (lubricant) di mana tugas utamanya untuk melincirkan komponen-komponen enjin yang bergerak atau berputar bagi mengurangkan kehausan dan kelusuhan (wear dan tear).

Selain tu, minyak ini juga bertindak sebagai agen penyejuk dan pembersih dalaman enjin.

BACA: Kenapa Ada Jaring Pada Belakang MotoGP Sewaktu Ujian Litar? Ini Kata Pakar

“Seperti semua perkara dalam kehidupan, minyak enjin juga ada tahap penggunaannya dan perlu ditukar.

“Dua sebab utama berdasarkan batuan (mileage) dan masa. Berapa batuan?

“Mineral bersamaan 5,000 ke 7,000 kilometer (km), semi synthetic bersamaan 7000 ke 10,000km dan fully synthetic bersamaan 10,000 ke 15,000km,” katanya.

Gambar: Dr Aid Fawzal

Tambahnya, sela-masa (time interval) penukaran minyak enjin disarankan enam bulan sekali, manakala 12 bulan bagi kenderaan negara sejuk.

Jom kita ambil contoh @perodua Bezza. Dalam keadaan pemanduan biasa (normal driving), Perodua menyarankan pengguna Bezza untuk menukar minyak enjin setiap 10,000 km atau 6 bulan sekali.

Gambar: Dr Aid Fawzal

“Tetapi kalau korang pandu Bezza tu dalam pemanduan kasar dan lasak (severe driving conditions), Perodua menyarankan untuk minyak enjin ditukar pada sela-masa yang lebih pendek iaitu 5,000 km atau tiga bulan sekali,” ujarnya.

Gambar: Dr Aid Fawzal

Pemanduan Kasar dan Lasak

Dr Aid Fawdzal juga menjelaskan maksud pemanduan kasar dan lasak atau severe driving condition termasuklah memandu di jalan kasar, jalan berlopak air atau kawasan berbukit.

Dalam pada itu, memandu di kawasan berdebu atau di kawasan yang mungkin terdedah kepada udara atau air masin selain enjin melahu untuk masa yang lama.

Selain itu itu, pemanduan kasar dan lasak ini juga termasuk menggunakan kenderaan sebagai teksi atau sebagai kereta sewa, menunda treler, perjalanan singkat yang berulang- berulang dan lebih 50 peratus atau lebih masa operasi dalam trafik sesak dalam suhu panas 32 darjah Celsius atau lebih tinggi serta pemanduan dalam litar (trackday).

BACA JUGA: APM Selamatkan Oyen, Nakal Sampai Kepala Tersangkut Dalam Dinding

“Terakhir saya nak buktikan kiraan mekanik tu boleh dipersoalkan. Jika kita ambil penggunaan bahan api sebagai penanda aras penukaran minyak hitam, kita akan dapati kereta-kereta kuat makan minyak la lagi lambat perlu tukar.

“Kalaulah Bezza yang 15.3km/L katanya patut tukar minyak enjin setelah gunakan 653.6liter, maka Toyota Alphard dengan 12.0km/L akan perlu tukar setelah 833.3liter.

“Manakala Honda City yang lebih jimat (17.8km/L), perlu tukar lebih awal 561.7L pula? Macam tak kena je kan?” katanya.

Beliau berkata secara rumusannya maka adalah benar kenderaan kalau selalu sangkut dalam kesesakan lalu lintas perlu tukar minyak enjin lebih awal.

“Nak amal juga silakan. Tiada kesalahan untuk kerap tukar minyak enjin; rajin keluar duitlah,” katanya.

Semoga bermanfaat.

Sumber: X @AidFawzal

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?