Siakap Keli
Gambar: APM Kota Kinabalu

APM Selamatkan Oyen, Nakal Sampai Kepala Tersangkut Dalam Dinding

APM Selamatkan Oyen, Nakal Sampai Kepala Tersangkut Dalam Dinding

Kucing merupakan salah seekor haiwan peliharaan yang sering menjadi pilihan kepada penggemar haiwan kesayangan. Sifat dan telatahnya yang mencuit hati membuat sesiapa sahaja mudah ‘jatuh cinta’ dengan si bulus ini.

Lebih-lebih lagi, kucing oren atau lebih dikenali sebagai Oyen yang perangainya berbeza daripada kucing-kucing yang lain.

Sifat semula jadi Oyen sangatlah jauh berbeza dan tidak dapat ditandingi kucing-kucing berwarna lain. Kenakalan Oyen melayakkan kucing tersebut dianggap sebagai ganster oleh sesetengah pemilik.

Misalnya semalam, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Kinabalu melaksanakan operasi unik menyelamatkan si oyen.

Kucing berkenaan dilapor tersangkut pada dinding sebuah rumah, yang juga tuannya.

Gambar: APM Kota Kinabalu

Difahamkan, anggota APM KK terpaksa menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan kucing tersebut.

“Pengadu memaklumkan seekor kucing tersangkut di lubang yang ada pada dinding rumah pengadu.

“Anggota APM KK lengkap memakai PPE segera menyelamatkan kucing tersebut dengan memecahkan dinding tersebut menggunakan peralatan Kazumi Power Saw dan Paratec supaya kucing dapat dikeluarkan,” maklum APM Kota Kinabalu.

Gambar: APM Kota Kinabalu

Mujurlah, kucing tersebut berjaya dikeluarkan oleh pihak APM Kota Kinabalu dengan selamat.

Gambar: APM Kota Kinabalu

Tiga Jam Terperangkap Dalam Lubang Saluran

Pada September lalu, seekor kucing berwarna putih terperangkap dalam sebuah lubang saluran air di sebuah rumah.

Dalam beberapa rakaman yang di muat naik oleh Zulkarnain Zakaria di Facebook memaparkan kelibat haiwan berkenaan.

BACA: Giat Berlatih, Muslim Ahmad Bakal Berentap Dalam Muay Thai

Hanya muka haiwan yang dinamakan ‘Putih’ itu sahaja kelihatan di sebalik lubang saluran itu.

Menurut Zulkarnain, si bulus itu telah terperangkap dalam lubang berkenaan hampir tiga jam dan sebelum diselamatkan oleh anggota bomba.

“Misi menyelamatkan Putih. Dah dekat tiga jam tersepit, Sekarang pasukan bomba Cheras sedang berusaha keluarkan,” katanya semalam.

Menerusi klip tersebut, Putih seperti meminta tolong apabila kedengaran suaranya yang lemah sambil tangan dan mukanya terpampang keluar dari lubang.

Operasi menyelamat dilakukan dengan cermat dan teliti bagi memastikan si bulus tidak mengalami kecederaan. Hasil bantuan pasukan daripada Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Cheras, haiwan itu berjaya dikeluarkan dalam keadaan selamat

Sumber: APM Kota Kinabalu 

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.