Beralih Sukan, Muslim Ahmad Bakal Berentap Dalam Muay Thai
Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Muslim Ahmad mengejutkan ramai pihak khususnya peminat bola sepak tempatan apabila bakal berentap dalam sukan Muay Thai.
Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran Kelantan MuayThai Channel – KMC semalam.
Difahamkan, Muslim bakal membuat kemunculan dalam arena sukan itu dalam Regu Special Fight bertempat di pusat beli-belah C-mart di Padang Serai, Kedah 24 Februari ini.
Dalam dalam poster T-Fight 2.0 berkenaan, Muslim (Terengganu) dijadualkan berdepan dengan Atingpek dari Perlis pada jam 8.30 malam.

Sementara itu, Muslim Ahmad menerusi akaun TikTok peribadinya turut berkongsi persediaan untuk perlawanan berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat terkejut dan sama sekali tidak menjangkakan pemain itu akan muncul dalam sukan Muay Thai.
Sebahagian mereka turut memberikan sokongan kepada bekas pemain kebangsaan itu dan mendoakannya dalam penglibatan sukan baharu itu.
Berikut antara sorotan komen daripada peminat di media sosial;
“Yak jadi anak muay pulok ko haha,” komen Qua Rahman.
“Tukar bidang doh ko loni,” tulis Tarmizi.
“Mantap lim. Kami doakan semoga di bawah lindungan ALLAH SWT dan dipermudahkan urusan lim,” kata Ira Zara.
“Terbaikk Lim…defend kena lebih sikit taw macam mana awak main bola macam tu laa defend nya nanti,” tulis Wan Yaya PS
Untuk makluman, video yang dikongsikan oleh Muslim Ahmad di Platorm TikTok mendapat lebih 80,000 tontonan, lebih 2,000 tanda ‘Suka’ dan komen daripada pelbagai peminat.
@muslimahmad_58 Membalas kepada @Hazuanawe #muslimahmad
BACA: Ada Masalah Sinus, Zii Jia Tak Turun Lawan China Petang Ini
Juara AFF Suzuki 2010
Muslim Ahmad, 35, merupakan salah seorang pemain tonggak utama dalam membantu skuad emas Harimau Malaya memenangi Piala AFF Suzuki buat pertama kali pada tahun 2010 di bawah bimbingan Datuk K. Rajagopal.
Selain Muslim, antara bintang yang membarisi skuad negara ketika itu adalah Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Safiq Rahim dan banyak lagi.
Sumber: Kelantan MuayThai Channel -KMC, TikTok @muslimahmad_58