Siakap Keli
zii jia senarai pasukan
Gambar: Bernama

Ada Masalah Sinus, Zii Jia Tak Turun Lawan China Petang Ini

Ada Masalah Sinus, Zii Jia Tak Turun Lawan China Petang Ini

Pemain badminton perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia, tidak disenaraikan dalam pasukan Final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 menentang China pada petang nanti.

Perkara itu dimaklumkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam satu Tweet di platform X.

Difahamkan, Zii jia tidak disenaraikan kerana ada masalah kesihatan.

“Selepas perlawanan semalam, Lee Zii Ji mengalami kesukaran bernafas akibat sinus dan tidak dapat pulih sepenuhnya untuk perlawanan hari ini.

“Semoga cepat sembuh, Zii Jia,” tulis BAM.

Seorang lagi perseorangan utama negara, Ng Tze Yong juga tidak disenaraikan oleh BAM.

Pasukan badminton berpasukan lelaki negara mempertaruhkan tiga pemain perseorangan lelaki iaitu Leong Jun Hao, Eongene Ewe Eon dan Haikal Nazri.

Manakala dua lagi menerusi pasangan regu Aaron Chia-Soh Woon Yik dan Goh Sze Fei- Nur Izzudddin Rumsani.

Perlawanan akhir bertemu China itu akan berlangsung pada 4 petang ini.

 

BACA: Sebulan, Tempoh Menunggu Paling Lewat Dapatkan Rawatan Hospital Kerajaan

Semalam, pasukan lelaki negara berjaya mara ke final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) selepas menewaskan Jepun 3-1 pada perlawanan separuh akhir, lapor Bernama.

Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia memulakan kempen negara dengan baik apabila menyumbang mata pertama dengan mudah menewaskan Kenta Nishimoto, 21-18,21-15 pada perlawanan yang berlangsung di Pusat Konvesyen Setia City di sini.

Momentum kejayaan itu diteruskan pasangan pingat gangsa Olimpik Tokyo 2020, Aaron Chia-Soh Wooi Yik apabila bangkit untuk menewaskan Akira Koga-Taichi Saito 15-21, 21-17, 21-10.

Bagaimanapun pemain perseorangan Leong Jun Hao yang dilihat bersemangat tidak melepasi halangan Koki Watanabe apabila dibenam 21-19, 12-21,19-21 dalam masa  88 minit perlawanan.

Kehadiran Goh Sze Fei-Nur Izzudin Nur Rumsani kembali menceriakan kem negara apabila sekali lagi menjadi penyumbang mata kemenangan dalam masa 54 minit perlawanan ke atas Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura 21-15, 21-19.

Sementara itu, China terpaksa berhempas pulas menundukkan Korea Selatan untuk mara ke final dengan keputusan tipis 3-2.

Sumber: BAM 

BACA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?