Sebulan, Tempoh Menunggu Paling Lewat Dapatkan Rawatan Hospital Kerajaan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly mengesahkan tempoh menunggu paling lewat untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan adalah sebulan.
Perkara itu disahkan oleh beliau dalam satu temu bual seperti dilaporkan Astro Awani.
Menurut Dr. Dzulkefly, pesakit yang datang ke klinik kesihatan untuk mendapatkan rawatan akan didiagnosis terlebih dahulu.
Kemudian, pesakit akan dirujuk ke hospital sekiranya terdapat rawatan kecemasan perlu dilakukan.
“Pesakit yang datang ke Klinik Kesihatan kami, setelah dikenal pasti dalam saringan. Pakar akan membuat rujukan kepada hosptal dan disitulah bergantung kepada severity dan medical emergency.
“Kalau dikenal pasti perlu mendapat rawatan kecemasan, maka akan segera dirawat,” katanya ketika ditemu bual selepas menghadiri Sambutan Hari Kanser Sedunia di Universiti Cyberjaya, hari ini.
Bagaimanapun jelas Dr Dzulkefly, proses rawatan itu juga bergantung pada agensi yang terlibat dan kes yang dilaporkan berlaku kepada pesakit.
“Paling lewat sebulan. Tetapi ia juga bergantung pada agensi dan kes tersebut. Kadang kala ia juga boleh dirawat pada keesokan harinya,” jelas Dr Dzulkefly lagi.
BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan paling lewat tempoh menunggu untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan adalah sebulan#AWANInews pic.twitter.com/TlKyJYhXZx
— Astro AWANI (@501Awani) February 17, 2024
Sumber: Astro Awani