Siakap Keli
nombor plat gold 1
Kredit: BERNAMA

Nombor Plat ‘Gold 1’ Milik Yang Di-Pertuan Agong

Nombor Plat ‘Gold 1’ Milik Yang Di-Pertuan Agong

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) — Nombor plat kenderaan keluaran khas “GOLD 1” menjadi milik Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selepas baginda membida nilai tertinggi dalam sejarah negara, iaitu RM1.5 juta.

Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim, hasil nilai bidaan berkenaan akan disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan menerima mengadap Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari ini di Istana Negara.

Pada pertemuan itu, Loke turut mempersembahkan secara simbolik nombor plat kenderaan berkenaan kepada Yang di-Pertuan Agong.

BACA: Siap Ada Meja Sendiri, Kucing Dibawa “Fine Dining” Tengok Menu Pun Rasa Mewah

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka bidaan bagi nombor pendaftaran istimewa (NPI) iaitu siri ‘GOLD’ sempena sambutan jubli emas Hari Wilayah Persekutuan ke-50 bermula 1 hingga 5 Feb lepas.

Loke sebelum ini berkata bidaan bagi siri NPI bertujuan untuk menambah hasil negara, menyaksikan kesemua hasil bidaan NPI kelak akan dimasukkan ke dalam akaun disatukan dengan 50 peratus daripada hasil akan dikembalikan semula kepada Kementerian Pengangkutan.

Sumber: BERNAMA

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana