Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Putrajaya, 20 Februari – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan platform Sistem Pengurusan Pembelajaran (SiPP) pada 7 Februari 2024.
Ia diwujudkan bertujuan untuk memperkasa kompetensi digital Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dengan menyediakan akses kepada mereka untuk mendapatkan bahan latihan, kursus dan sumber-sumber pembelajaran sepenuhnya melalui peranti masing-masing secara dalam talian atau luar talian.
Platform ini memberi manfaat kepada 429,000 orang PPP di seluruh negara dengan akses melebihi 20,000 kandungan termasuk 15,000 e book, 4,000 video, 3,000 kursus, 400 latihan makmal dan 40 sijil profesional.

Menerusi penggunaan SiPP, PPP akan dibimbing secara sistematik tanpa menghilangkan ciri-ciri keseronokan ketika mengikuti sesi pembelajaran.
PPP berpeluang mendapat pengiktirafan dalam bentuk pengurniaan lencana dan sijil yang diiktiraf pada peringkat antarabagsa seperti Microsoft, Cisco, CompTIA, RedHat, Tosa, AWS dan PMI-ACP setelah melengkapkan modul pembelajaran.
SiPP boleh dilayari melalui Modul Individu Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia (SPLKPM) dengan kekunci masuk menggunakan ID Guru Malaysia.

