Siakap Keli
benda dalam kereta
Kredit: Bernama

Cuaca Panas Melampau, Jangan Tinggal Enam Perkara Ni Dalam Kereta

Cuaca Panas Melampau, Jangan Tinggal Enam Perkara Ni Dalam Kereta

Ketika ini kebanyakan negeri mengalami keadaan cuaca yang lebih panas dan kering daripada biasa sehingga kadang kala boleh membantutkan aktiviti di luar.

Untuk pengetahuan, cuaca panas ini berlaku dalam tempoh yang lama disebabkan oleh fasa akhir Monsun Timur Laut. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, ia dijangka berterusan sehingga penghujung Mac depan.

Susulan itu, tidak hairan jika bahagian dalaman kereta anda boleh menjadi sangat panas, jika ditinggalkan dalam masa yang lama.

Bagi sesetengah orang, kereta boleh dianggap sebagai ‘rumah bergerak’ kerana kita menghabiskan banyak masa di dalamnya selain rumah dan tempat kerja.

Rata-rata pemilik kereta di Malaysia akan menggunakan kereta  hampir setiap sehari dalam masa seminggu.

Maka, adalah jadi satu kebiasaan bagi kebanyakan dari kita yang  tertinggal beberapa barangan di dalam kereta masing-masing.

BACA: Review Pandang Pertama, Ini Apa Yang Siri Samsung Galaxy S24 Boleh Buat Bila Disemat AI

Walau bagaimanapun, terdapat enam benda yang tidak boleh ditinggalkan di dalam kereta sama sekali. Kesannya boleh mempengaruhi kesihatan anda, malah memberi risiko kepada kenderaan anda sendiri.

Untuk mengetahui jawapannya, ikuti perkongsian yang dikongsi pengguna, Altimat Saujana Utama (@altimatsaujana) di laman TikTok.

1. Makanan dan minuman

Makanan dan minuman yang disimpan dalam bekas, khususnya bekas plastik akan memberikan kesan terhadap kesihatan manusia.

Hal ini kerana, kedua-dua bahan ini telah terdedah terhadap bahang matahari, yang mana boleh menyebabkan suhu di dalam kereta meningkat sehingga mencapai paras 70 darjah Celcius.

Apabila ditinggalkan dalam suhu yang tinggi pada masa yang agak lama seperti berhari-hari, sudah tentu kandungan makanan dan minuman itu sudah tidak berada dalam keadaan yang baik untuk dimakan.

2. Powerbank

Powerbank merupakan salah satu gajet yang penting dalam dunia digitalisasi kerana dapat menjana tenaga terhadap peranti elektronik, pada bila-bila masa dan di mana jua anda berada.

Sungguhpun begitu, perkakasan ini tidak sepatutnya ditinggalkan dalam kereta kerana terdapat risiko pada kenderaan anda sendiri.

Perkakas yang menjadi sumber tenaga ‘back up‘ ini dikuasakan menerusi bateri lithium ion yang membolehkannya menyimpan cas yang besar.

Namun, bateri ini tidak boleh terdedah pada cuaca panas dalam jangka masa yang agak lama. Suhu yang panas akan membuatkan bateri kembung dan seterusnya meningkatkan risikonya untuk meletup, baik ketika mengecasnya atau ketika membawanya begitu sahaja.

3. Pemetik api

benda tinggal kereta
Kredit: Image by Mateus Andre on Freepik

Pemetik api merupakan satu kemestian bagi golongan perokok ataupun golongan yang gemar berkhemah di dalam hutan. Alat ini digunakan untuk menghasilkan api secara serta merta kepada penggunanya.

Alat ini tidak boleh diletakkan dalam kereta dalam jangka masa yang lama kerana di dalamnya, terdapat cecair mudah terbakar yang digunakan untuk menghidupkan api.

Jika bahan mudah terbakar terdedah dengan suhu terlalu tinggi, terdapat risiko bahawa bahan tersebut boleh mencetuskan kebakaran pada kereta anda.

BACA: Bos Mesej Waktu Cuti, Ini 8 Tanda Persekitaran Kerja Dah Jadi Toksik

4. Petrol

Ada segelintir orang yang gemar menyimpan sedikit bahan api di dalam kereta untuk tujuan kecemasan. Sungguhpun begitu, bahan api petrol merupakan bahan yang mudah terbakar dan akan bersifat reaktif apabila terdedah pada suhu yang tinggi.

Sama seperti pemetik api, bahan ini turut memberikan risiko kebakaran pada kenderaan anda dan sekali gus membahayakan persekitaran sekeliling anda.

5. Penyembur aerosol

Kredit: Image by Freepik

Penyembur aerosol digunakan dalam pelbagai jenis produk seperti minyak wangi, cat, racun serangga dan sebagainya. Penyembur ini akan menukarkan cecair kepada partikel-partikel cecair halus ke ruang udara.

Di dalamnya, terdapat cecair yang disimpan dalam keadaan mampat dan akan mengembang apabila terdedah dalam suhu yang tinggi dalam jangka masa panjang.

Perkara ini sudah semestinya menyebabkan letupan dan memberikan impak terhadap kereta dan persekitarannya.

6. Anak-anak

‘Benda’ yang paling penting dalam kehidupan sudah semestinya nyawa orang kesayangan kita. Hal ini kerana, anak-anak akan mengalami strok haba apabila berada di dalam kereta dalam jangka masa yang agak lama.

Selain itu, anak-anak khususnya bayi tidak diberikan makanan dan minuman pada yang lama. Ini menyebabkan anak-anak berdepan risiko kematian.

“Anak-anak ni bukannya bahan yang mudah terbakar atau mudah meletup tapi anda tinggal sekali anak-anak dalam kereta, anda yang akan meratap, anda yang akan menangis atas pemergiannya,” kata Altimat.

@altimatsaujana

Suka sangat tinggal dalam kereta ? Tahu tak apa kesan nya nanti ? #bengkel #bengkelkereta #bengkelrepairkereta #bengkelservicekereta #bengkelsungaibuloh #bengkelsaujanautama #bengkelkeretasaujanautama #bengkelkeretasungaibuloh #automotive #automotif #bengkelrepairaircondkereta #bengkelserviceaircondkereta #aircondkeretataksejuk #aircondkeretapanas #aircondkeretabaubusuk #serviskereta #mekanik #mekaniktiktok #pomen #pometiktok #altimatautogarage #altimatautogaragesaujanautama #petronasautoexpert

♬ original sound – Altimat Saujana Utama – Altimat Saujana Utama

BACA: Jangan Biar Kereta Tersadai, “Check” Tiga Benda Ni Lepas Lalui Perjalanan Jauh

Sumber: @altimatsaujana via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma