Siakap Keli
tanda kerja toksik

Bos Mesej Waktu Cuti, Ini 8 Tanda Persekitaran Kerja Dah Jadi Toksik

Bos Mesej Waktu Cuti, Ini 8 Tanda Persekitaran Kerja Dah Jadi Toksik

Bukan mudah sebenarnya nak dapatkan kerja yang betul-betul sesuai dengan diri kita. Setiap darinya mesti akan ada “pro and cons” yang tersendiri. Ada yang dapat gaji tinggi tetapi tempat kerja pula yang tak “best”.

Mesti ramaikan yang inginkan tempat kerja yang selesa sambil dikelilingi dengan rakan sekerja dan orang atasan yang baik? Maklumlah, kita kalau boleh nak kerja di tempat itu dalam tempoh yang lama, jadi hubungan dengan rakan sekerja pun mestilah kena selalu baik.

Lagi selesa kerja, lagi tinggi produktiviti seorang pekerja. Stres pun berkurang. Tapi macam mana kalau persekitaran kerja jadi toksik? Kadang-kadang nak masuk pejabat pun rasa malas sebab malas nak hadap keadaan toksik tu.

Banyak sebenarnya punca yang menjadikan sesebuah tempat kerja itu toksik. Bukan sahaja daripada rakan-rakan sekerja tetapi tanpa kita sedar ia mungkin dari diri kita sendiri.

Justeru, hari ini SK nak kongsikan sikit dekat korang mengenai tanda-tanda sesebuah tempat kerja itu toksik. Mungkin korang boleh nilai sendiri dan fikir sama ada tanda-tanda ini ada dekat tempat kerja korang.

8 Tanda Tempat Kerja Toksik

1. Komunikasi yang lemah

Dalam hidup ini, komunikasi merupakan salah satu hal paling penting yang perlu dilakukan oleh semua orang. Begitu juga dalam sesebuah organisasi, komunikasi menjadi salah satu faktor utama yang menentukan kejayaannya.

Bagaimanapun, komunikasi mempunyai pelbagai gaya, nada & lenggok yang tersendiri mengikut situasi yang dihadapi. Jika tidak kena pada gayanya memang tak selesailah segala masalah.

Dalam konteks tempat kerja, komunikasi lisan, komunikasi bertulis dan kemahiran mendengar perlulah diterapkan dalam kalangan pekerja bagi memastikan setiap tugasan berjalan dengan lancar.

2. ‘Berpuak’, suka bergosip

Dari zaman sekolah lagi, kita tak boleh lari dari permasalahan ini. Ada kumpulan di tempat kerja itu bagus sebab kerja mungkin akan jadi lebih mudah, selain boleh hilangkan bosan.

Tapi bila kumpulan ini terlalu “overpower” dan ada orang yang tersisih, ia tak lagi baik untuk tempat kerja. Ditambah pula bila mereka suka bergosip, semua benda tak kena di mata mereka.

Kredit: People Creations via Freepik

3. Kepimpinan yang tak bagus

Sesebuah organisasi itu perlukan kepimpinan yang terbaik. Kalau bos korang pun tak tunjukkan contoh yang baik, macam mana pekerja nak hasilkan tugasan yang berkualiti.

Tak dinafikan sebenarnya ada bos yang tak hormati pekerja, yang salahkan pekerja dan yang tidak kompeten. Pada satu tahap, ia sebenarnya boleh menjadi toksik.

4. Rakan sekerja yang tak ada motivasi

Ini bukanlah bermaksud korang kena nilai kerja berdasarkan kualiti orang di sekeliling korang tapi ini aspek penting yang menjadikan tempat kerja lebih produktif.

Kalau korang ada rakan sekerja yang tak bermotivasi, korang juga mungkin akan terjejas. Macam mana boleh terjejas? Korang mungkin kena siapkan timbunan kerja yang tak dibuat. Ini sekaligus akan membuatkan korang keletihan kerana menanggung beban kerja yang sepatutnya dilakukan oleh orang lain.

5. Tiada kemajuan

Kalau tempat kerja korang tak tawarkan sebarang mobiliti, peluang pembelajaran untuk tingkatkan kemahiran dan berikan bimbingan, kemungkinan besar tiada pelaburan dilakukan bagi pertumbuhan kerjaya korang.

6. Selalu tukar pekerja

Salah satu tanda utama yang menunjukkan tempat kerja itu toksik adalah apabila pekerja kerap diberhentikan atau dipecat. Kalau perkara ini berlaku, maknanya syarikat korang tengah ada masalah, tak ada hala tuju, kepimpinan yang teruk dan peluang yang tak banyak.

7. Tiada work life balance

Kredit: Wavebreakmedia_micro via Freepik

Kunci kepada kerjaya yang bagus adalah keseimbangan antara kerja dan kehidupan lepas kerja. Ada sesetengah orang yang mungkin akan merasa baik-baik saja kalau mendapat panggilan atau tugasan secara tiba-tiba lepas waktu kerja, tapi ramai yang tidak mahu sebegitu.

Masa dengan keluarga dan rakan-rakan juga perlu dititikberatkan agar tugasan yang dilakukan juga lebih produktif.

8. Selalu cepat rasa burntout

Terdapat 3 jenis burntout yang korang kena tahu:

Frenetic burnout

Keletihan jenis ini dialami oleh pekerja yang berikan banyak tenaga dalam tugasan mereka dengan harapan mereka akan dapat ganjaran yang setimpal. Tapi lama-kelamaan mereka akan sedar bahawa tiada hasil positif yang mereka dapat dari keadaan itu.

Underchallenged burnt out

Keadaan ini berlaku apabila pekerja berasa kurang tercabar dan bosan di tempat kerja. Kebiasaannya pekerja akan selalu berada dalam mood yang tak baik kerana tak dapat kepuasan dalam pekerjaan.

Worn-out burntout

Selepas terlalu stres melakukan tugasan dalam tempoh yang lama, pekerja yang kebiasaannya menghadapi keletihan jenis ini tidak akan bersemangat untuk meneruskan kerja.

Cara untuk hadapi

Kredit: Tirachard via Freepik

Banyak sebenarnya cara yang boleh korang lakukan untuk hadapi persekitaran kerja yang toksik.

Antaranya adalah dengan pergi bercuti untuk menenangkan diri, elak bergosip dan sentiasa amanah ketika buat kerja.

Selain itu, korang juga boleh hiraukan keadaan sekeliling yang tak penting.

Untuk dapatkan lebih ketenangan, korang juga boleh keluarkan zakat agar gaji yang diperolehi lebih berkat. Malah, ada kajian saintifik menunjukkan kita boleh menjadi lebih gembira apabila kita memberi sumbangan kepada orang lain biarpun dalam jumlah yang kecil.

Dalam eksperimen tersebut, dua kumpulan peserta telah diberi wang untuk dua tujuan berbeza. Kumpulan pertama diarahkan membelanjakan wang tersebut untuk diri sendiri manakala kumpulan kedua perlu membelanjakan wang tersebut bagi orang lain. Ujian MRI mendapati kumpulan yang membelanjakan wang bagi orang lain lebih gembira tanpa mengira siapa penerima mahupun nilai wang yang dikeluarkan.

Begitu juga dengan zakat. Di setiap negeri, ada pusat yang menguruskan zakat termasuk di Wilayah Persekutuan. Korang yang berada di negeri ini boleh merujuk di Pusat Pungutan Zakat (PPZ) MAIWP.

Bayar zakat di PPZ MAIWP

Kredit: Bernama

Tambah-tambah pula sekarang ni nak bayar zakat pun senang je, boleh terus buat potongan zakat bulanan di PPZ MAIWP.

Setiap potongan zakat secara potong gaji melalui majikan akan tertera di dalam penyata gaji pembayar dan akan diselaraskan dengan cukai bulanan.

Korang tak akan rugi sebab korang akan dapat rebat cukai pendapatan dan perbelanjaan juga lebih terancang. Dalam masa yang sama, korang juga layak terima Skim Kafalah Muzakki (khairat kematian sehingga RM3,000) serta berpeluang mohon wakalah individu dan majikan.

Selain itu, korang juga tak perlu susah-susah beratur di kaunter zakat setiap bulan, selain boleh menjimatkan masa dan tenaga. Hidup pun tenang.

Pelbagai Hadiah Menanti

Lebih menarik, korang juga berpeluang menangi pelbagai hadiah seperti pakej percutian ke Balkan, iPhone 15, vacum, steam iron dan banyak lagi.

Jadi apa tunggu lagi? Jom buat PZB dengan segera.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web PPZ MAIWP di sini.

Sofea

There's always another side to every story