Geng Subuh Macam Jumaat: Masjid Putra Jemput Sonny Bill Williams
Kempen Subuh Macam Jumaat terus disemarakkan dalam kalangan kariah masjid selepas ia mula diperkenalkan selebriti terkenal Alif Satar sejak tahun lalu.
Gelombang kempen itu diteruskan lagi kali ini oleh Masjid Putra dengan menampilkan legenda ragbi, Sonny Bill Williams pada 25 Februari (Ahad) ini.
Dalam satu poster dimuat naik di platform X oleh akaun @putrajayaMY, ia memaklumkan program tersebut bakal mengambil tempat di Masjid Putra, Putrajaya bermula seawal jam 5 pagi.
Terdapat juga aktiviti menarik disediakan, khas kepada mereka yang hadir pada hari tersebut di mana para jemaah boleh melakukan aktiviti brisk walk selepas solat Subuh berjemaah bersama bekas bintang ragbi All Blacks itu.
Sehubungan itu, mari semarakkan lagi kempen #GengSubuhMacamJumaat pada hujung minggu ini.
Geng Subuh Macam Jumaat di @masjidputra_ 🕌 pic.twitter.com/rBINDgihxI
— Putrajayaku (@putrajayaMY) February 21, 2024
Sonny Bill Williams Terharu Terima Sambutan Mesra Di Malaysia
Baru-baru ini, pemain lagenda ragbi itu meluahkan rasa terharu apabila menerima sambutan hangat dan layanan mesra daripada rakyat Malaysia sejak tiba di negara ini pada minggu lalu.
Perkara itu dikongsikannya dalam satu hantaran akaun X-nya (@SonnyBWilliams).
“Kebaikan dan hospitaliti yang ditunjukkan rakyat Malaysia bukan sahaja mengharukan tetapi membuatkan saya merasa rendah diri.
“Alhamdulillah untuk perjalanan hidup yang penuh berkat ini,” katanya
BACA: Sonny Bill Williams Luah Rasa Kagum, Puji Adab Kanak-Kanak Malaysia Ketika Bersalam
Dalam perkongsiannya, beliau turut dilihat menangis ketika berkongsi pengalamannya menunaikan umrah bersama isteri kesayangannya di depan peminatnya.
Difahamkan, beliau telah menunaikan umrah bersama isterinya, Alana Raffie buat kali pertama pada tahun 2023.
Pada awalnya, Sonny menceritakan saat-saat beliau dan isterinya melihat Kaabah buat kali pertama ketika menunaikan umrah bersama-sama.
Ketika melihat salah satu monumen terpenting dalam dunia Islam, beliau telah bertanya satu soalan kepada isterinya.
“Apa yang awak rasa, sayang?” Soalnya kepada isterinya. Jawapan isterinya membuatkan dirinya sebak.
“Saya berada di rumah. Saya berada di tempat yang sepatutnya saya berada,” jawab Alana.
Ketika berada dalam acara anjuran Faith Events Asia itu, beliau telah menitis air mata ketika menceritakan pengalaman tersebut.
“Alhamdulillah, selain melihat ibu saya menjadi seorang Muslim, ini merupakan salah satu detik terbaik dalam hidup saya,” ujarnya.
Tears of happiness and gratitude as I share my first Umrah experience with my wife on stage in Malaysia. The kindness and hospitality shown by the Malaysian people has been not only heartwarming but humbling. I can’t say Alhamdulillah enough for this blessed journey of life… pic.twitter.com/NcUdmT1QBC
— Sonny Bill Williams (@SonnyBWilliams) February 18, 2024
Sumber: X @putrajayaMY