Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sonny Bill Williams Luah Rasa Kagum, Puji Adab Kanak-Kanak Malaysia Ketika Bersalam
Sonny Bill Williams merupakan nama yang tidak asing lagi buat para peminat ragbi di dunia. Pencapaiannya dalam pasukan kebangsaan New Zealand, yang juga dikenali sebagai All Black sebelum ini telah membuatkan pemain tersebut sebagai salah seorang legenda.
Baru-baru ini, bekas pemain ragbi tersebut sedang berada di bandar Madinah al-Munawarah untuk menjalani ibadah umrah.
Ketika berada di bandar suci itu, Sonny Bill Williams didatangi sebuah keluarga Malaysia yang berkemungkinan penyokong beliau.
Oleh sebab itu, keluarga yang memiliki tiga orang anak lelaki itu ingin mengambil foto bersamanya.
Perkara tersebut mungkin merupakan satu kebiasaan buat atlet profesional yang dikenali ramai serta memiliki ramai penyokong.
Namun, apa yang berlaku selepas itu menyebabkan Williams terkesima dan tersentuh.
“Semua kanak-kanak lelaki (dalam keluarga tersebut) berjabat tangan dengan saya sambil menatap mata saya, membongkokkan kepala dan menyentuh bahagian belakang tangan saya dengan dahi mereka,” katanya.
Dalam konteks rakyat Malaysia, perbuatan tersebut dilakukan apabila orang yang lebih muda ingin berjabat tangan dengan orang yang lebih berusia.
Signifikan perbuatan ini adalah untuk menunjukkan rasa hormat terhadap mereka.
Dalam ciapan tersebut, Williams memuji tindakan kanak-kanak tersebut dalam menghormati dan menyanjungi nilai kekeluargaan yang dimiliki mereka.
“Kanak-kanak ini memiliki rasa hormat dan menyanjungi nilai kekeluargaaan yang dimiliki keluarga mereka.
“Ini merupakan satu detik yang indah,” ujar Williams dalam ciapan yang dimuat naik pada hari ini.
Ciapan William yang menyatakan rasa kagum akan kelakuan kanak-kanak tersebut telah meraih perhatian daripada rakyat Malaysia.
Rata-rata pengguna Twitter membalas ciapan tersebut dengan menyatakan bahawa perbuatan tersebut merupakan salah satu adat di Malaysia.
Selain menghormati golongan lebih berusia, perbuatan ‘salam cium tangan’ ini juga dikatakan sebahagian dari sifat hospitaliti rakyat Malaysia, kata warganet.
Ini mungkin berita baik buat peminat Sonny Bill William di Malaysia apabila beliau turut menyatakan hasratnya untuk datang ke Malaysia.
Untuk makluman, Sonny Bill Williams telah memeluk Islam pada 2009. Selain pernah terlibat dalam sukan ragbi, atlet berbadan sasa ini juga merupakan seorang atlet ahli tinju.
Selain daripada bidang sukan, hantaran media sosialya yang berunsurkan nilai kekeluargaan sering popular dalam kalangan peminat.
Bekas pemain All Black itu juga sangat dikenali dengan kerja-kerja amal dan bersuara mengenai hak asasi kemanusiaan.
BACA: Abai & Aniaya Bella: Siti Bainun Dipenjara Berjumlah 22 Tahun
Sumber: Sonny Bill Williams via Twitter