Siakap Keli
Tip basuh enjin kereta
Kredit TikTok

Jangan Main Sembur Air, Cara & Tip Basuh Enjin Kereta Dengan Selamat

Jangan Main Sembur Air, Cara & Tip Basuh Enjin Kereta Dengan Selamat

Seperti yang kita semua sedia maklum, memiliki kereta sekurang-kurangnya sebuah sudah menjadi keperluan setiap keluarga.

Kereta yang ada akan digunakan untuk pelbagai tujuan seperti ke tempat kerja, menghantar anak ke sekolah, ke pasar atau ketika keluar bersantai.

Jika rosak, boleh dikatakan aktiviti pada hari tersebut akan terganggu sepenuhnya. Maka tak hairanlah, penjagaan kenderaan perlu menjadi keutamaan supaya alat tersebut dapat digunakan secara optimum.

Penjagaan yang baik juga dapat memastikan jangka hayat sesebuah kenderaan itu lebih panjang, kecuali jika berlaku kerosakan yang besar.

Antara bahagian yang paling perlu dijaga dengan baik sudah semestinya enjin yang bertindak sebagai jantung kenderaan.

Jika berlaku sebarang kerosakan berlaku pada bahagian ini, maka bersedialah untuk mengeluarkan modal pembaikian yang tinggi.

Kerosakan pada enjin boleh berlaku disebabkan banyak perkara, salah satunya ketika bahagian tersebut dibasuh.

Untuk membasuh bahagian enjin, adalah sangat penting untuk memastikan proses itu dilakukan oleh mereka yang berkemahiran.

Jika air memasuki pada bahagian enjin yang tidak sepatutnya, maka kerosakan boleh berlaku.

Oleh itu, seorang pengguna TikTok, @cheguautodetailing berkongsi cara atau tip yang boleh diamalkan ketika anda membersihkan bahagian enjin kenderaan.

Tip basuh enjin kereta hingga bersih dan selamat

Katanya, tip-tip yang dikongsikan itu bagi memastikan kerja-kerja pembersihan dapat dilakukan dengan berkesan dan pada masa yang sama, enjin selamat dari kerosakan.

Menurut perkongsian tersebut, tip pertama yang perlu dilakukan adalah memeriksa meter kenderaan.

Dengan memeriksa indikator-indikator yang ada pada meter, anda akan dapat mengesan jika ada sebarang masalah pada enjin.

Enjin perlulah dipastikan tidak mempunyai apa-apa masalah sebelum dibersihkan.

Seterusnya, enjin kenderaan perlu disejukkan dahulu dan periksa bahagian hardness atau soket supaya tiada kesan pecah dan retak.

Kemudian, bahagian-bahagian penting pada enjin seperti kotak fius dan penapis udara perlu ditutup.

Beliau juga turut berkongsi bahan-bahan yang diperlukan untuk kerja-kerja membersihkan enjin.

“Bahan-bahan yang saya pakai biasanya, engine degreaser atau yang jenis all purpose, berus dan juga wash mitt. Untuk kerja basuhan, pertama kali kita basahkan permukaan enjin.

“Kemudian ambil all purpose dan sembur di keseluruhan bahagian enjin,” terang beliau.

Selepas itu, guna berus untuk membersihkan kotoran yang ada pada bahagian enjin.

“Lepas kita dah siap basuh, kita bilas dengan air. Korang jangan tembak terlalu dekat, sebab ini pressure water jet.

“Kita takut air tu boleh masuk ke celah-celah yang kita tak nak. Kita jangan bagi dia tekanan, ambil jarak sikit,” katanya.

Enjin perlu dikeringkan sepenuhnya, terutama pada bahagian-bahagian penting sebelum dihidupkan.

Menurut beliau, jika di kedai, mereka akan melakukan proses coating bagi menjadikan enjin lebih berkilat dan cantik selepas dibersihkan.

Untuk lebih memahami berkenaan perkongsian tip cuci enjin ini, anda boleh tonton video perkongsian tersebut seperti di bawah.

@cheguautodetailing

Cikgu share , cara dan tip nak basuh enjin kereta yg lebih selamat. #chegudetailing #detailingeducation #PERHEBATDETAILING #PERHEBAT #tiktokmalaysia #perhebatdetailingsgbuloh #autodetailing #activestar #merks #enginecoating #enginedetailing #tips

♬ original sound – Che’gu Detailing – Che’gu Detailing

Semoga bermanfaat.

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: TikTok/@cheguautodetailing

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka