Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

TYT Lawrence Macaulay & Menteri Pertanian Kanada Kunjungi Datuk Arthur Joseph Kurup

syafiq halim

TYT Lawrence Macaulay & Menteri Pertanian Kanada Kunjungi Timb Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan

PUTRAJAYA, 20 FEBRUARI 2024 – YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Lawrence MacAulay, Menteri Pertanian Dan Agri-Makanan Kanada pada hari ini di Wisma Tani, Putrajaya.

Pertemuan pertama kedua-dua pemimpin ini membincangkan kerjasama dua hala dalam bidang pertanian dan keterjaminan makanan selain menyatakan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dalam sektor pertanian, perikanan dan ternakan serta mengalu-alukan kerjasama teknikal dalam bidang penyelidikan dan pembangunan pertanian.

Semasa pertemuan tersebut, YB Timbalan Menteri telah memperkenalkan produk pertanian Malaysia yang berkualiti seperti nanas dan menyatakan hasrat untuk mengeksport buah-buahan tropikal tempatan kepada pasaran Kanada. Beliau turut menyampaikan ucapan tahniah kepada Kanada yang mengambil giliran jawatan Pengerusi Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP) bagi tahun 2024.

Di akhir pertemuan, Datuk Arthur telah menjemput TYT Lawrence MacAulay ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2024 yang dijadualkan pada 11 hingga 22 September 2024 dan mempelawa penyertaan pihak Kanada dalam acara dwi-tahunan tersebut.

Pertemuan ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Azah Hanim Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPKM; YBrs. Dr. Akma Ngah Hamid, Ketua Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) serta pegawai-pegawai kanan KPKM dan Jabatan/ Agensi di bawah KPKM.

TYT Lawrence Macaulay