Malaysia Negara Kedua Paling Tinggi Obes Di Asia Tenggara
Obesiti selalu dikaitkan dengan berat badan berlebihan yang berpunca daripada tabiat pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat.
Daripada luaran, obesiti ini kebiasaannya dilihat sebagai masalah kegemukan atau terlebih berat badan saja.
Bagaimanapun, ia boleh mengundang pelbagai masalah terutama membabitkan kesihatan sama ada pada luaran atau dalaman.
Hal ini disebabkan oleh gaya hidup kurang sihat, pemakanan tidak seimbang dan tidur yang tidak mencukupi dalam kalangan populasi orang dewasa.
Faktor genetik turut menyumbang kepada masalah obesiti
Menurut Hello Doktor, jumlah populasi individu yang mempunyai masalah berat badan berlebihan dan obesiti semakin meningkat.
Selain itu, terdapat lebih daripada 400 gen yang telah dikenal pasti boleh menyebabkan masalah berat badan berlebihan dan obesiti.
Namun begitu, cuma beberapa gen sahaja yang memberikan kesan yang signifikan terhadap penyakit kronik tersebut.
Gen juga mempengaruhi komposisi lemak badan melalui selera makan, metabolisme badan, kecenderungan untuk makan ketika stres dan sebagainya.
Kajian terbaru dari Seasia Stas mengenai rakyat mempunyai masalah berat badan di Asia Tenggara

Lanjutan daripada itu, Seasia Stats berkongsi satu dapatan kajian terkini oleh The World Factbook – Central Intellange Agencie dari 2016 hingga 2024.
Difahamkan, kajian ini diukur dengan peratusan orang dewasa yang mengalami berat badan berlebihan di Asia Tenggara.
Angka-angka berkenaan mentakrifkan obesiti sebagai BMI 30kg/m² atau lebih tinggi.
Siapa sangka, Malaysia telah menjadi negara ke-2 di Asia Tenggara mempunyai rakyat teramai dengan masalah berat badan.
Menerusi perkongsian tersebur, bilangan populasi yang dikategorikan sebagai obesiti di Malaysia menjangkau kira-kira 19.7 peratus.
Gambaran statistik itu kemudian meletakkan Malaysia di belakang Brunei di rantau Asia Tenggara.
Menurut data tersebut, Brunei muncul sebagai pendahulu dengan 28.2 peratus rakyatnya mempunyai masalah berat badan.
Negara-negara lain turut diambil kira dalam kajian ini
Di tangga ketiga dan keempat pula adalah Singapura dan Thailand. Kedua-dua negara itu memiliki kira-kira 11.6 peratus penduduk obes.
Manakala peratusan penduduk obes di Filipina, Indonesia, Myanmar, Laos dan Kemboja pula berada di bawah paras 10 peratus.
Vietnam dan Timor-Leste berada di kedudukan paling rendah dengan masing-masing 1.7 peratus dan 1.1 peratus populasi obes.
BACA: Malaysia Top 3 Paling Ramai Orang “Single” Di Asia Tenggara
Sumber: Seasia Stats via Facebook, Hello Doktor