Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ditanya Pendapat Tentang Malaysia, Ini Pandangan Orang Luar
Sebuah akaun terkenal di platform X, The Spectators Index baru-baru ini memuat naik satu hantaran yang ada kena mengena dengan Malaysia.
Dalam hantaran berkenaan, akaun itu bertanya apakah yang terlintas di fikiran pengikutnya apabila disebut tentang negara ini.
Hantaran tersebut pantas menjadi viral dan mendapat respon yang banyak daripada pengguna X yang lain.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata meninggalkan komen yang positif tentang negara kita.
Malah, sebahagian daripada komen-komen yang ditinggalkan pasti dapat membuatkan rakyat Malaysia merasa sebak dan bangga.
Rupanya, pada pandangan orang luar, Malaysia dilihat sebagai sebuah negara penting dan ada banyak kelebihan yang tersendiri.
Antara perkara-perkara yang menarik perhatian mereka di Malaysia
Antara yang disentuh adalah tentang keindahan alam, kepelbagaian budaya, perpaduan antara kaum dan juga pencapaian ekonomi yang dikecapi negara.
Misalnya @TeongH_SR berpendapat bahawa Malaysia berada di lokasi strategik dan memainkan peranan penting dalam laluan perkapalan serta perdagangan dunia sejak zaman Kesultanan Melaka.
Bagi @iAmchintan369 pula, bila disebut tentang Malaysia, dia teringat tentang kepelbagaian budaya, makanan yang sedap-sedap, landskap yang memukau, banguna-bangunan megah dan bandarnya yang hidup.
Begitu juga dengan @Bassel_abk, dia mengenali negara ini dengan keenakan makanannya.
Menurut @uzonnaibeto pula, orang ramai perlu melawat sendiri Malaysia untuk mengenali negara ini.
Katanya, Malaysia sangat indah, maju dan memiliki jaringan jalan raya yang terbaik. Negara ini juga ada banyak pusat beli belah.
Seperti yang semua sedia maklum, Malaysia berjiran dengan Indonesia di Asia Tenggara.
Maka, ada juga pengguna X dari Indonesia mengambil kesempatan ini untuk berkongsi manifestasi persahabatan dua negara yang serumpun.
Walaupun ada ketika melalui fasa pasang surut, namun hubungan ini masih kekal utuh.
Kata @kuncoro, Malaysia baginya merupakan negara jiran dan sahabat terbaik mereka miliki.
Namun yang pasti, Menara Berkembar Petronas adalah perkara pertama yang terlintas di fikiran banyak pengguna X tentang Malaysia.
Sebenarnya, ada banyak lagi perkongsian menarik yang dibuat oleh pengguna X tentang negara ini
Anda boleh semak sendiri di akaun The Spectators Index. Semoga negara kita terus dipandang tinggi oleh orang luar.
BACA: KL & Melaka Antara Destinasi ‘Syurga Makanan’ Terbaik Di Asia Tenggara
BACA: Review Pandang Pertama, Ini Apa Yang Siri Samsung Galaxy S24 Boleh Buat Bila Disemat AI
Sumber: spectatorindex via laman X