Siakap Keli
cari calon imam tarawih
Kredit Facebook

Cari Imam Tarawih, Netizen Puji Masjid Ini Tawar Elaun Tinggi Cecah RM6,000

Cari Imam Tarawih, Netizen Puji Masjid Ini Tawar Elaun Tinggi Cecah RM6,000

Tindakan Masjid Tengku Muhammad Faris Petra, Bandar Kuala Krai, Kelantan menawarkan elaun tinggi untuk peranan imam tarawih mendapat perhatian warga maya.

Dalam pengumuman yang dibuat di laman facebook, masjid berkenaan menawarkan elaun mencecah RM6,000.

Menurut masjid berkenaan, individu yang berminat diminta menghantar resume kepada pihak masjid selewat-lewatnya pada 24 Februari ini.

Resume tersebut boleh dihantar ke alamat emel masjid iaitu [email protected].

Masjid itu berkata, keutamaan bagaimanapun diberikan kepada calon yang bermukin di jajahan Kuala Krai.

Meninjau ke ruangan komen perkongsian tersebut, rata-rata pengguna Facebook bersetuju dengan iklan yang ditawarkan oleh masjid berkenaan.

Mereka dilihat memuji tindakan masjid tersebut menawarkan elaun yang tinggi, berpadanan dengan peranan yang bakal digalas imam berkenaan nanti.

“Terbaik pengurusan masjid,” tulis seorang pengguna.

“Alhamdulillah, semoga dipermudahkan segala urusan. Aminn ya Rabbal’alaminn,” tulis seorang lagi pengguna.

Setakat ini, hantara iklan berkenaan sudah pun mendapat lebih 900 tanda suka dan dikongsi lebih 1,400 kali oleh warga maya.

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: Facebook/Masjid Tengku Muhammad Faris Petra Bandar Kuala Krai

BACA: Bos Mesej Waktu Cuti, Ini 8 Tanda Persekitaran Kerja Dah Jadi Toksik

BACA: Review Pandang Pertama, Ini Apa Yang Siri Samsung Galaxy S24 Boleh Buat Bila Disemat AI

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka