Siakap Keli
guru kongsi pengalaman sabah
Gambar: Gambar: Cikgu Fauzan

“Rasa Tak Mau Pindah,” Guru Kongsi Pengalaman Manis Mengajar Di Pedalaman Sabah

“Rasa Tak Mau Pindah,” Guru Kongsi Pengalaman Manis Mengajar Di Pedalaman Sabah

Adalah menjadi impian buat sesetengah masyarakat untuk berkhidmat sebagai penjawat awam di negara ini. Siapa sahaja yang tidak mahu bekerja untuk kerajaan? Pelbagai manfaat dan kebaikan akan dapat sekiranya dilantik untuk bekerja di sektor tersebut.

Antara pekerjaan yang sering mendapat ‘perhatian’ semestinya warga pendidik, yang menjadi tunjang dalam setiap tulang belakang ibu bapa. Dek kerana kegigihan mereka dalam mendidik para pelajar, ramai yang memasang cita-cita untuk menjadi salah seorang daripada mereka.

Menjadi guru adalah salah satu pekerjaan yang murni kerana selain dari ibu bapa, mereka juga menggalas tanggungjawab dalam mencurahkan ilmu pengetahuan kepada pelajar di sekolah.

Dalam perkongsian SK kali ini, min nak ceritakan tentang kisah salah seorang lelaki bergelar guru yang berasal dari Semenanjung, di mana dia terpaksa merantau jauh daripada rumah disebabkan keperluan mengajar di Sabah.

Jadi penjawat awam begitulah, perlu siapkan diri untuk dihantar berkhidmat selain dari negeri kelahiran, seperti yang dialami oleh Muhammad Fauzan, 28, yang merupakan anak jati Kelantan.

Menceritakan kembali, Fauzan berkata apabila ditempatkan di kawasan pedalaman di Sabah, perkara pertama yang membuatkan dia terpegun adalah keindahan alam di tempat itu. 

Meskipun ditempatkan kira-kira tiga jam jauhnya dari kawasan bandar di Sabah, namun Fauzan masih teruja dan tidak sabar untuk memberikan ilmu pengetahuan kepada kanak-kanak di situ.

Gambar: Cikgu Fauzan

“Pengalaman pertama di sekolah saya rasa teruja sebab pertama kali jejakkan kaki di Sabah, lebih-lebih lagi apabila jauh di pedalaman Sabah.

“Meskipun agak terkejut dengan keadaan di sana, tetapi pemandangan di sekolah memang cantik dikelilingi dengan kemewahan alam semula jadi seperti sungai, bukit sedikit sebanyak menjadikan ia kawasan yang sangat tenang.

“Bukan sahaja pemandangannya luar biasa, tetapi para pelajar di sana juga sangat beradab dan menghormati guru,” katanya kepada Siakap Keli.

Gambar: Cikgu Fauzan

Setiap hari dipenuhi aktiviti melibatkan alam

Fauzan yang juga merupakan seorang guru mata Pendidikan Islam dan Seni Visual di Sekolah Pekan Pensiangan K9 berkata sepanjang duduk di Sabah hidupnya hanya dipenuhi dengan kenangan manis kemudian ditambah pula dengan pemandangan alam yang sangat luar biasa, membuatkannya bersyukur dengan segala ketentuan-Nya.

Gambar: Cikgu Fauzan

Jelasnya, kehidupan seharian dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan alam dan dirinya tidak jemu melakukan perkara tersebut susulan para pelajar turut menyertainya.

“Kalau pengalaman manis banyak, antaranya saya dapat nikmati keindahan alam iaitu sungai yang cantik. Kadang-kadang balik sekolah terus menuju ke sungai, luangkan masa bersama pelajar sambil duduk di sungai.

Gambar: Cikgu Fauzan

“Selain mandi, saya juga gemar buat aktiviti di tepi sungai seperti berkelah dan juga memancing,” ujarnya.

Tidak mahu pindah

Bagi Fauzan, selama empat tahun dia berada di sana makin susah untuknya keluar daripada kawasan tersebut susulan jiwanya sudah terikat dengan tempat itu.

“Saya rasa macam tidak mahu pindah (keluar) sebab perasaan gembira duduk di sini memang tidak terkata. Perkara yang mendorong saya untuk cakap begini yang pertama adalah disebabkan pemandangan di sini sangat eksklusif cantiknya dan juga tenang.

“Pelajar juga menghormati guru dan tiada berlaku masalah disiplin di sini walaupun pelajar asrama ada yang dari tahun ketiga  sampai tingkatan tiga, mereka sangat suka membantu guru,” katanya.

@cikgufauzan

Pemandangan di Sk Pekan Pensiangan K9 2023 🥳💚 #fyp #fypシ #pensiangan #nabawan #k9 #sabah #pedalaman #sekolah #capcut #beautiful #tenang

♬ original sound – Fauzan Rozali – Fauzan Rozali

Inisiatif KPM

Kalau korang nak tahu, sebenarnya Kementerian Pendidikan (KPM) umumkan 10 prakarsa dalam usaha memperkasakan aspek kebajikan golongan pendidik di negara ini.

Antaranya ialah perluasan Program Sekolah Komprehensif 9 (Sekolah K9) yang merupakan inisiatif KPM, di mana pertambahan sepuluh buah sekolah lagi dalam usaha mengatasi isu keciciran murid khususnya di kawasan pedalaman dan orang asli.

Dengan bertambahnya Program Sekolah K9 ni, ia mampu menangani isu keciciran di kawasan pedalaman terutama bagi murid terutama bagi pelajar yang menghadapi kesukaran untuk meneruskan pendidikan ke peringkat menengah kerana faktor lokasi sekolah menengah yang jauh daripada rumah dan kemiskinan.

Selain SK Pensiangan dan sekolah-sekolah lain, sebanyak 9 buah penubuhan sekolah baru yang berkonsepkan Program Sekolah K9 dan K11 juga akan perluaskan di seluruh negara.

Kredit: KPM

Penambahan Program Sekolah K9 dan K11 sekali gus menunjukkan KPM komited dalam memperjuangkan teras utamanya iaitu mengatasi keciciran pendidikan, masalah literasi serta merapatkan kesenjangan pendidikan.

Tujuan Program Sekolah K9 dan K11 ditambah adalah untuk mengatasi cabaran utama sekolah iaitu isu kehadiran murid. Umum mengetahui sekiranya berada di pedalaman ibu bapa terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk menghantar anak ke sekolah.

Perkara itu memberi kesan kepada mereka yang datang dari keluarga berpendapatan rendah yang turut menyumbang kepada keciciran murid.

Tak perlu risau dah lepas ni sebab di Program Sekolah K9 juga pelajar mendapat akses pendidikan yang menyeluruh dari peringkat rendah hingga menengah, iaitu dari Tahun 1 sampai Tingakatan 5, sama seperti sekolah biasa.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web KPM atau tekan link di sini.

Sumber: Cikgu Fauzan

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.