Siakap Keli
warna cecair pembersih
Kredit Automotive Nerd

Ada Beza Ke Warna Cecair Sabun Wiper Kenderaan? Ini Jawapannya

Ada Beza Ke Warna Cecair Sabun Wiper Kenderaan? Ini Jawapannya

Bagi anda si pemilik kenderaan, fizikal kereta yang sentiasa berkilat dan bersinar pasti menjadi keutamaan setiap hari, kan?

Terkadang, ada yang sanggup menghantar kereta ke ‘carwash’ setiap minggu untuk dibersihkan. Namun begitu, ada satu bahagian yang perlu diberi keutamaan oleh setiap pemilik kenderaan.

Bahagian berkenaan adalah cermin hadapan yang membenarkan pemandu melihat ke arah hadapan tanpa sebarang gangguan ketika di jalan raya.

Adalah sangat penting untuk memastikan cermin hadapan kenderaan bersih setiap masa. Jika tidak, pemanduan boleh menjadi tidak selesa dan mengganggu tumpuan pemandu kelak.

Biasanya, cermin hadapan dibersihkan menggunakan wiper dan dibantu dengan cecair pembersih cermin hadapan.

Pun begitu, cecair pembersih ini dijual dalam pelbagai warna dan kadang-kala menimbulkan kekeliruan kepada pengguna ketika hendak dibeli.

Antara pertanyaan yang selalu timbul, adakah setiap warna mempunyai tujuan penggunaan yang berbeza-beza?

Untuk mengetahui tentang fungsi dan perbezaan warna tersebut, mari ikuti perkongsian SK berkenaan topik itu pada hari ini.

Fungsi dan perbezaan warna cecair pembersih cermin

Menurut Reader’s Digest, warna cecair pembersih cermin hadapan yang berbeza-beza biasanya adalah untuk tujuan pemasaran sahaja.

Bergantung kepada jenama dan pengeluar, setiap warna ini boleh diiklankan untuk tujuan yang berbeza-beza. Misalnya, warna-warna cecair pembersih ini diiklankan seperti contoh dibawah.

warna cecair pembersih
Kredit Automotive Nerd

Biru: Cecair standard untuk kegunaan sepanjang tahun, berkesan untuk membersih habuk dan kotoran jalan.

Hijau: Untuk pemanduan musim panas, berkesan untuk mengelak pepijat hinggap.

Jingga: Untuk sepanjang musim dan mengandungi bahan penyah ais.

Kuning: Diiklankan untuk pemanduan musim sejuk dan mengandungi bahan penyah ais.

Ungu: Cecair pembersih cermin hadapan yang lebih pekat dan untuk musim panas.

warna cecair pembersih
Kredit Automotive Nerd

Menurut Reader Digest lagi, walaupun dibolehkan, anda sebenarnya tidak digalakkan mencampur cecair pembersih cermin hadapan dengan air.

Air boleh menyebabkan cecair tersebut menjadi kurang pekat dan mengurangkan kerbekesanan untuk mencuci cermin.

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: Reader’s Digest, Automotive Nerd, Slash Gear

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka