Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pemilik Lebih Satu Kenderaan Boleh Pindah Kelayakan BUDI Diesel Bagi Maksimum 3 Kenderaan

Pindah Kelayakan BUDI Diesel
Kredit: Bernama

Pemilik berdaftar yang mempunyai lebih daripada satu kenderaan kini boleh memindahkan kelayakan BUDI Diesel bagi maksimum tiga kenderaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan penambahbaikan tersebut berkuat kuasa serta-merta.

Menurutnya, kemudahan itu terhad kepada maksimum tiga kenderaan. Sebagai contoh, kelayakan bagi kenderaan berkenaan boleh dipindahkan kepada suami, isteri atau anak.

Selain itu, kelayakan BUDI Diesel kini turut boleh dipindahkan kepada warganegara Malaysia lain yang layak, termasuk mereka yang menggunakan kenderaan secara ‘sambung bayar’.

Pindah Kelayakan BUDI Diesel

“Sebelum ini hanya terhad kepada ahli keluarga. Sekarang terbuka kepada semua termasuk mereka yang ‘sambung bayar’,” katanya.

Sebelum ini, mekanisme pemindahan BUDI Diesel hanya membenarkan kelayakan dipindahkan kepada ahli keluarga terdekat yang menggunakan kenderaan tersebut.

Dua penambahbaikan itu diumumkan sempena Amanat Hari Malaysia pada Rabu.

Beliau juga turut mengumumkan mengenai hak pemberian khas untuk negeri Sarawak dan Bantuan Khas Pembelian Tiket Penerbangan secara sekali beri (one-off) kepada setiap pelajar baharu Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang layak.

“Ikhtiar ini turut memaknai semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai waad nasional yang mesti terus diterjemahkan melalui penghormatan terhadap hak serta kepentingan Sabah dan Sarawak dalam kerangka Persekutuan.

“Saya dan seluruh pasukan Kerajaan MADANI akan terus bekerja keras memastikan setiap kemajuan negara diterjemahkan kepada manfaat yang dirasai rakyat, agar Sabah, Sarawak dan Semenanjung terus melangkah bersama menuju kehidupan yang lebih sejahtera dan bermaruah,” katanya.

Intipati
  • Pemilik lebih satu kenderaan boleh memindahkan kelayakan BUDI Diesel bagi maksimum tiga kenderaan.
  • Anwar Ibrahim memaklumkan penambahbaikan itu berkuat kuasa serta-merta sempena Amanat Hari Malaysia.
  • Pemindahan kini dibuka kepada warganegara layak, termasuk pengguna kenderaan secara sambung bayar.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan