Siakap Keli
perubatan madani 10 daerah

Skim Perubatan MADANI Hanya Tertumpu Kepada 10 Daerah

Skim Perubatan MADANI Hanya Tertumpu Kepada 10 Daerah

26 FEBRUARI 2024, CYBERJAYA – Skim Perubatan MADANI yang dilancarkan  sebagai program perintis sejak 15 Jun 2023 dengan objektifnya untuk mengurangkan  kesesakan pesakit di Jabatan Pesakit Luar dan Klinik Kesihatan Kementerian  Kesihatan Malaysia (KKM) di kawasan bandar pada masa ini masih lagi di dalam fasa  penambahbaikan penyampaian dan pelaksanaan bagi mencapai objektif tersebut.  Berdasarkan pemerhatian, kesesakan di fasiliti KKM di bawah fasa perintis Skim  Perubatan MADANI adalah bertambahbaik. 

Berkuatkuasa 26 Februari 2024, Skim Perubatan MADANI akan diperhalusi untuk  memberi tumpuan kepada daerah-daerah dan penerima tertentu bagi meningkatkan  keberkesanan, kemampanan dan memaksimumkan impak skim ini. 

Perubahan utama kepada program Skim Perubatan MADANI ialah kawasan-kawasan  pelaksanaan yang hanya akan tertumpu kepada 10 daerah yang ditetapkan iaitu W.P.  Kuala Lumpur, Gombak, Hulu Langat, Petaling Jaya, Klang (Selangor), Johor Bahru  (Johor), Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Kota Kinabalu (Sabah), dan  Kuching (Sarawak). 

Selain daripada itu, kelayakan penerima Skim Perubatan MADANI akan memberi  fokus kepada isi rumah berdaftar di 10 daerah ini sahaja dan pesakit yang pernah  menerima rawatan boleh menggunakan sehingga peruntukan skim ini digunakan  sepenuhnya. Klinik swasta Skim Perubatan MADANI yang aktif di dalam daerah yang  ditetapkan boleh terus menyediakan perkhidmatan Skim Perubatan MADANI. 

BACA: Skim Perubatan Madani Diperluas Seluruh Negara, Manfaat 80,000 Isi Rumah

Bagi memastikan perubahan tersebut berjalan lancar kepada pesakit-pesakit yang  menerima rawatan dan klinik swasta Skim Perubatan MADANI yang beroperasi di luar  daerah yang ditetapkan, klinik-klinik tersebut akan mempunyai masa sehingga 29 

Februari 2024, untuk mengemukakan tuntutan tertunggak bagi pesakit yang telah  dirawat. ProtectHealth Corporation telah menghantar makluman kepada semua klinik  swasta Skim Perubatan MADANI yang terlibat. 

Penghalusan ini penting bagi keberkesanan pelaksanaan Skim Perubatan MADANI  dalam mencapai objektif utama skim ini. Dengan memfokuskan sumber pada  kawasan dan penerima tertentu, ProtectHealth komited untuk meningkatkan akses  dan kualiti penjagaan kesihatan bagi mereka yang memerlukannya. 

ProtectHealth merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Pengamal  Perubatan Swasta (GP) atas khidmat bakti mereka yang tidak ternilai dalam Skim  Perubatan MADANI. ProtectHealth juga komited untuk mengekalkan kerjasama  dengan GP dalam semua Perkongsian Awam dan Swasta (PPP) di masa hadapan.  Terima kasih sekali lagi atas kerjasama dan sokongan yang tidak berbelah bahagi  dalam meningkatkan akses dan kualiti penjagaan kesihatan untuk semua rakyat  Malaysia. 

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)