Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kerajaan Mansuh Lima Skim Perkhidmatan Berkaitan Penerbangan Susulan Perubahan Status CAAM

Kerajaan mansuh Lima Skim Perkhidmatan penerbangan
Kredit: Jabatan Perkhidmatan Awam

Kerajaan bersetuju memansuhkan lima skim perkhidmatan berkaitan sektor penerbangan susulan perubahan status Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), berkuat kuasa 1 Oktober 2026.

Menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2026 yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), lima skim perkhidmatan terbabit ialah Pegawai Kawalan Trafik Udara, Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang, Pemeriksa Kapal Terbang, Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara dan Penolong Pemeriksa Kapal Terbang.

Kerajaan Mansuh Lima Skim Perkhidmatan Berkaitan Penerbangan

Menurut pekeliling itu, pemansuhan dibuat susulan perubahan status CAAM daripada Badan Berkanun Persekutuan (BBP) kepada Badan Berkanun Diasingkan Saraan dan Dibebaskan (BBDSB).

Berikutan itu, tiada urusan pelantikan baharu dibenarkan bagi kelima-lima skim perkhidmatan berkenaan mulai tarikh kuat kuasa pekeliling.

Pekeliling itu turut membatalkan skim perkhidmatan Pegawai Kawalan Trafik Udara, Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang dan Pemeriksa Kapal Terbang yang berkuat kuasa melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024: Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan.

Skim perkhidmatan yang sama juga dibatalkan menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2024: Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan – Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

Selain itu, skim perkhidmatan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara dan Penolong Pemeriksa Kapal Terbang yang berkuat kuasa melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 juga dibatalkan.

Intipati
  • Lima skim perkhidmatan penerbangan dimansuhkan berkuat kuasa 1 Oktober 2026, susulan perubahan status CAAM.
  • Skim terlibat merangkumi jawatan kawalan trafik udara, juruterbang dan pemeriksaan kapal terbang.
  • JPA menetapkan tiada pelantikan baharu dibenarkan bagi skim berkenaan mulai tarikh kuat kuasa.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan