Siakap Keli
cara hilangkan bau kucing
Gambar: Fox News

8 Cara Hilangkan Bau Busuk Kucing Dalam Rumah

8 Cara Hilangkan Bau Busuk Kucing Dalam Rumah

Memiliki haiwan peliharaan seperti kucing tentunya dapat menghiburkan hati termasuk menjadi peneman kepada mereka yang tinggal berjauhan dengan keluarga.

Sikap dan telatahnya yang ‘ada sahaja’ membuatkan sesiapa sahaja mudah terukir senyuman diraut wajah.

Walau bagaimanapun, memelihara si bulus ini bukanlah perkara mudah kerana anda perlu berkorban dari segi perbelanjaan makanan, perubatan, waktu dan alat kelengkapan lain.

Sama seperti manusia, haiwan ini juga meninggalkan bau mereka terutamanya di kawasan yang gemar duduki oleh kucing seperti kotak, sofa dan tilam.

Kadangkala bau ini tidak menyenangkan dan boleh menganggu fokus, lebih-lebih ia terperap di dalam ruang rumah meskipun sudah dicuci.

Sehubungan itu, SK hari ini akan berkongsikan tip bagaimana hilangkan bau si bulus di dalam rumah. Jom ikuti perkongsian PopMama di bawah.

Cara Hilangkan Bau Kucing Di Rumah

1. Bersihkan Kotak Najis 

Gambar: Purina

Kotak najis merupakan tempat si bulus untuk membuang air kecil dan air besar. Tidak hairan mengapa ia menjadi tempat pertama bau busuk itu datang.

Oleh itu, cara mengatasi ini adalah membersihkan tempat atau kotak ini secara berkala agar mencegah bau yang kurang menyenangkan.

2. Cuci Tempat Tidur Kucing

Gambar; Modern Cat

Selain kotak najis, tempat tidur si bulus anda juga perlu perhatikan kerana ia menjadi tempat yang sering dikunjungi oleh mereka. Disebabkan itu, ia cepat menghasilkan bau busuk.

Jadi, cuci alas tidur kucing atau perabot disekeliling (jika boleh) kerana baunya mudah meresap.

BACA: Ambil Tahu, Ini Maksud Simbol-Simbol Pada Meter Kereta 

3. Penjagaan Kebersihan Si Bulus

Seperti yang diketahui, kucing juga membersihkan diri sendiri namun, ia masih memerlukan bantuan penjagaan daripada pemiliknya lebih-lebih lagi kucing berbulu lebat.

Sebagai contoh, kucing berbulu panjang dan lebat perlu dibersihkan setiap hari manakala kucing berbulu pendek hanya lakukan pembersihan seminggu sekali.

4. Bersihkan Kawasan Rumah Secara Kerap

Gambar: Euro Maids

Untuk menjamin rumah anda bebas bau kucing, anda perlu sentiasa membersihkan setiap bahagian rumah. Ini kerana terdapat bulu-bulunya yang bertebaran di ruang rumah termasuk melekat disofa.

Oleh itu, ruang rumah perlu dibersihkan secara rutin agar bau haiwan peliharaan tidak melekat pada perabut dan hilang baunya.

5. Gunakan Cuka 

cara hilangkan bau kucing
Gambar: Rappler

Seperti yang kita tahu, air kencing kucing menghasilkan bau yang menyengat. Sekiranya ia kencing atau ‘pancut’ di sekitar rumah, tentunya mudah untuk dihidu di seluruh rumah.

Jadi bahan apakah yang boleh digunakan untuk menghilangkan bau air kencing haiwan ini? Jawapannya adalah cuka.

Caranya mudah sahaja. Sewaktu melakukan kerja pembersihan, campurkan air dengan cuka dalam bekas penyembur dalam jumlah yang sama.

Semburkan pada kawasan yang terkena air kencing kucing dan biarkan ia selama 15 hingga 30 minit. Kemudian, jemur tempat yang terkena air kencing itu.

BACA JUGA: Selalu “Park” Kereta Bawah Cahaya Matahari? Ni Cara Sejukkan Kereta Dengan Cepat

6. Gunakan Serbuk Penaik (Baking Soda)

Tahukah anda, sebenarnya serbuk penaik juga membantu sebagai bahan pembersih rumah yang berguna kerana dapat neutralkan bau.

Selain cuka, serbuk penaik boleh mengatasi bau kucing pada kawasan karpet dan kain pelapik di rumah.

Caranya, taburkan bahan ini di kawasan yang terkena najis atau kencing kucing selama 15 hingga 30 minit sebelum membersihkannya atau boleh menggunakan vakum.

Setelah itu, vakum tempat tesebut seperti biasa.

7. Peluntur

cara hilangkan bau kucing
Gambar: Swipe N Clean

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa peluntur atau hidrogen peroksida juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau kencing si bulus.

Caranya sama seperti kaedah cuka, campurkan peluntur dengan air ke dalam bekas penyembur dan semburkan di kawasan yang terkena kencing atau bau haiwan ini.

Untuk lebih wangi, anda boleh juga campurkan dengan sabun pencuci.

8. Pembersih Enzimatik

Pembersih enzimatik merupakan salah satu pembersih yang paling efektif dalam menghilangkan bau kencing kucing.

Bahan ini bertindak menghilangkan ammonia dan bakteria yang terdapat dalam kencing haiwan ini.

Langkahnya muda sahaja, semburkan pembersih ini ke kawasan terkena kencing kucing dan biarkan selama 15 hingga 30 minit. Kemudian, lapkan dengan kain sehingga bersih.

Semoga dengan perkongsian ini memberi manfaat kepada mereka yang memelihara kucing.

Sumber: PopMama

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?