Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
ibu anak susu Methamphetamine
Kredit: Bernama

Ibu Mengaku Salah Beri Anak Minum Susu Bercampur Dadah Methamphetamine

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Ibu Mengaku Salah Beri Anak Minum Susu Bercampur Dadah Methamphetamine

PETALING JAYA, 28 Feb (Bernama) — Seorang ibu mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya anak lelakinya dengan memberi minum susu bercampur air yang mengandungi dadah jenis Methamphetamine di sebuah apartment, minggu lepas.

Suri rumah berumur 34 tahun itu membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

“Saya mengaku bersalah, tapi saya tidak sengaja puan (beri minum susu mengandungi dadah),” kata ibu kepada tiga anak itu.

Sementara itu suaminya, peniaga air balang yang berumur 40 tahun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama.

Mereka didakwa bersama-sama melakukan penganiayaan terhadap kanak-kanak lelaki berusia setahun empat bulan dengan memberi minum air susu bercampur dengan air yang mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine sehingga menyebabkan mangsa mengalami “allegedsympathomimetic drug ingestion” di sebuah apartment di Taman Medan, Petaling Jaya pada 6 petang, 19 Feb lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dengan syarat tambahan mereka perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan sehingga kes selesai.

“Dua tertuduh ini merupakan pasangan suami isteri tetapi mereka tidak mendaftarkan perkahwinan di sini (Malaysia),” kata Ahmad Zuhaini selepas ditanya hakim mengenai hubungan kedua-dua tertuduh, yang tidak diwakili peguam.

Syahliza membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan mereka perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan sehingga kes selesai serta tidak mengganggu saksi-saksi pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 13 Mac untuk sebutan kes.

BACA: Buat Sendiri Kat Rumah, Ini Resipi Donat Gebu Gebas Perlu Dicuba

Sumber: Bernama