Siakap Keli
penunggang maut dirempuh
Gambar: PDRM

Penunggang Motosikal Maut Lepas Melambung Tinggi Dirempuh Kereta Potong Kenderaan

Penunggang Motosikal Maut Lepas Melambung Tinggi Dirempuh Kereta Potong Kenderaan

BATU PAHAT — Seorang penunggang dilaporkan meninggal dunia selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta yang memotong kenderaan di Batu 21, Jalan Muar-Parit Sulong semalam, lapor Sinar Harian.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, mangsa, Mohd Riduan Abdullah, 58, yang sedang menunggang motosikal jenis Benelli telah dirempuh sebuah kereta mengakibatkannya melambung setinggi tiang elektrik dalam kejadian jam 7 pagi.

Jelas Shahrulanuar, sebuah kereta Toyota Vios dari arah Muar difahamkan hendak memotong sebuah kenderaan lain dan telah bertembung dengan motosikal ditunggang mangsa dari arah hadapan sewaktu tiba di lokasi kejadian.

Susulan itu, mangsa berasal dari Merlimau, Melaka mengalami cedera parah di bahagian dada sebelum menghembuskan nafas terakhir di tempat kejadian.

Video berhubung kejadian turut tular di media sosial.

penunggang maut dirempuh
Gambar: PDRM

“Lelaki tempatan berumur 24 tahun yang memandu Toyata Vios mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala dan kaki.

“Ujian saringan awal air kencing ke pemandu tersebut mendapati tiada mengandungi sebarang jenis dadah.

“Pemandu yang beralamat di Muar itu telah ditahan dan diberi jamin polis pada Selasa, selepas diambil kenyataan,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini

Tambah beliau, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sebelum ini, klip seorang penunggang motosikal melambung tinggi dan kereta terbabas dan terjunam ke dalam parit telah tular dimedia sosial.

Video berkenaan sempat dirakam menerusi kamera pemuka (dashcam) yang memaparkan kejadian tersebut.

BACA: 8 Cara Hilangkan Bau Busuk Kucing Dalam Rumah

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan seorang penunggang motosikal rentung selepas motosikal ditunggangnya terbakar dalam kemalangan dengan sebuah lori.

Difahamkan, kemalangan itu berlaku berdekatan sebuah stesen minyak di Changlun, Kedah pada Disember lalu.

Polis menerima laporan berkenaan kemalangan terbabit pada jam 5.45 petang, kata Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Rodzi Abu Hassan.

“Penunggang motosikal disahkan maut dalam kejadian itu.

“Maklumat lanjut berhubung kejadian ini akan dimaklumkan kemudian kerana masih dalam siasatan,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?