Kos Baiki Boleh Cecah Ribu-ribu, Ini 7 Tanda Gearbox Kereta Mungkin Rosak
Kereta merupakan kenderaan peribadi yang dimiliki, sekurang-kurangnya sebuah bagi setiap isi rumah di Malaysia.
Setiap hari, kereta digunakan untuk pelbagai tujuan antaranya seperti menghantar anak ke sekolah, ke tempat kerja, keluar ke pasar dan sebagainya.
Jadi, ‘kesihatan’ kereta hendaklah dijaga setiap masa supaya kenderaan tersebut tidak meragam sehingga mendatangkan masalah kepada anda sebagai pemilik nanti.
Antara komponen kenderaan yang memerlukan kos pembaikian yang tinggi sekiranya rosak tentulah kotak gear.
Untuk pengetahuan anda, kos untuk membaiki kotak gear boleh mencecah hingga ribuan ringgit.
Jadi sebelum situasi bertambah parah, elok kiranya anda belajar mengenali tanda-tanda kotak gear kereta mungkin mengalami kerosakan.
Jika dapat dikesan daripada awal dan dihantar ke mekanik untuk dibaiki, kerosakan tidak akan jadi melarat dan kos pembaikian dapat dijimatkan.
Berikut merupakan tanda-tanda gearbox mula rosak
Tip untuk mengenali tujuh tanda kotak gear mungkin sudah rosak ini dikongsikan oleh pengguna TikTok @Altimat Auto Garage.
Menurut @Altimat Auto Garage, yang pertama apabila ada bau hangit dikesan bermula daripada bahagian enjin. Bau hangit itu mungkin berasal daripada klac kereta yang sudah terbakar.
Selain itu, sentakan kuat atau bunyi hentakan “duk” semasa menukar gear juga adalah tanda-tanda yang perlu diberi perhatian.
Sekiranya anda mendapati ada bunyi bising semasa menukar gear seperti bunyi berdengung atau hentakan, ia boleh menjandi petanda kotak gear perlu diselenggara.
Tanda-tanda seterusnya pula apabila berlaku gear delay atau respon yang lambat apabila menukar gear, misalnya dari N ke D. Proses peralihan gear sepatutnya berlaku dengan lancar sekiranya kotak gear berada dalam keadaan baik.
Seterusnya, anda tidak boleh memandang remeh apabila lampu amaran enjin atau AT mula menyala.
Apabila lampu berkenaan sudah memberi isyarat, maka ada yang tidak kena dengan kenderaan dan segeralah dibawa ke bengkel untuk pemeriksaan.
Jangan ambil mudah, ia boleh mengancam keselamatan
Tanda seterusnya pula boleh dikesan dengan memeriksa minyak kotak gear. Sekiranya minyak dalam tangki tersebut kurang, kemungkinan berlaku kebocoran dan perlu segera diselenggara bagi mengelak kerosakan lebih parah.
Tambah @Altimat Auto Garage, tanda-tanda lain kerosakan apabila gear menjadi tersekat-sekat atau tidak lancar.
Akhir sekali, apabila gear mula ‘menendang’ sendiri, ia menjadi petanda paling kritikal yang perlu diberi perhatian.
Masalah ini sering terjadi pada kereta dengan kotak gear manual. Misalnya ketika anda memandu dengan menggunakan gear lima, gear tiba-tiba berubah ke kedudukan lain, contohnya ke Neutral dengan sendiri.
Situasi gear ‘tendang’ sendiri apabila berlaku adalah sangat bahaya dan boleh mengancam keselamatan pengguna ketika pemanduan.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata warga maya berterima kasih dengan perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok berkenaan.
Semoga bermanfaat.
BACA: Dah “Alignment”, Tapi Tayar Masih Makan ‘Dalam’? Mekanik Tunjuk Ini Puncanya
@altimatautogarage Ni 7 tanda gearbox kereta korang dah jahanam yang korang kena ambik tahu!!! #bengkel #bengkelkereta #bengkelkeretasungaibuloh #bengkelkeretakuang #bengkelrepairkereta #bengkelservicekereta #bengkelrepairaircondkereta #bengkelserviceaircondkereta #aircondkeretataksejuk #kereta #aircondkeretabaubusuk #automotif #automotive #automotivemalaysia #automotifmalaysia #bengkelmalaysia #aircondkeretapanas #aircondkeretabocor #aircondkereta🚘❄️ #otomotif #otomotifindonesia #otomotifmobil #otomotif_indonesia #otomotifzone #otomotifsepedamotor #gearbox #gearboxrosak #trending #viral #fyp
♬ original sound – Altimat Auto Garage – Altimat Auto Garage
Sumber: Altimat Auto Garage via TikTok