Siakap Keli
Ladang Fotovolta Solar Di Perak

Bank Islam Dan Sand Town Solar Tandatangan Perjanjian Pembiayaan RM91.5 Juta Ladang Fotovolta Solar Di Perak

Bank Islam Dan Sand Town Solar Tandatangan Perjanjian Pembiayaan RM91.5 Juta Ladang Fotovolta Solar Di Perak

KUALA LUMPUR, Rabu [28 Februari 2024]: Peneraju perbankan Islam di Malaysia, Bank  Islam Malaysia Berhad (Bank Islam atau Bank), hari ini menandatangani perjanjian  pembiayaan bernilai RM91.5 juta dengan Sand Town Solar Sdn Bhd (STS). 

STS merupakan anak syarikat milik penuh Kumpulan Gading Kencana Sdn Bhd (GKSB),  sebuah syarikat perkhidmatan tenaga boleh baharu termasuk dalam rekaan dan  pemasangan sistem fotovolta solar, pemasangan dan penyelenggaraan sistem elektrik,  sistem pengurusan tenaga. 

STS, sebuah syarikat bertujuan khas (Special Purpose Vehicle) bagi projek ladang  fotovolta (PV) solar berkapasiti 29.99 megawatt (MW) di Bidor, Perak, membekalkan  tenaga elektrik yang dijana ke Tenaga Nasional Berhad di bawah mekanisma Susunan  Penghantaran Baharu yang Dipertingkatkan (NEDA). 

Pembiayaan daripada Bank Islam akan dimanfaatkan bagi memenuhi perbelanjaan  modal yang diperlukan STS termasuk pembiayaan semula tanah dan kos pembangunan ladang PV solar 29.99 MW tersebut.  

Pemeteraian perjanjian telah disempurnakan oleh Ahmad Haliman Abd Halim,  Pengarah, Penyelesaian Pelanggan Komersial, Perbankan Institusi Bank Islam dengan  Dato’ (Dr) Ir. Muhamad Guntor Mansor Tobeng, Pengarah Urusan Kumpulan GKSB. 

YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri  Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Malaysia; Dato’ Mohd Muazzam Mohamed,  Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam dan Datin Hasnah Awang, Pengarah  Eksekutif STS turut menyaksikan pemeteraian perjanjian tersebut. 

Menerusinya, Bank Islam menjadi insitusi perbankan Islam pertama yang menyediakan  kemudahan pembiayaan untuk syarikat persendirian di bawah NEDA. 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Dato’ Mohd Muazzam Mohamed  berkata, “Bank Islam amat berbesar hati kerana menjadi sebahagian daripada usaha  yang seiring dengan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dan memacu pelaburan dalam sektor tenaga boleh baharu (RE). Pembiayaan ini akan menyokong  usaha peralihan tenaga Malaysia, daripada penjanaan tenaga berasaskan bahan  bakar fosil dan arang batu kepada sumber RE seperti tenaga solar. Usaha ini juga akan  mendorong penggunaan penyelesaian yang bersifat mesra alam dan menyumbang  kepada ekonomi yang lebih sejahtera dan berdaya tahan,” katanya. 

Beliau menambah, “Bank Islam sentiasa terbuka untuk mewujudkan lebih banyak  kerjasama dengan penggiat industri dalam merealisasikan matlamat sifar bersih karbon  negara menjelang tahun 2050 yang ditetapkan Kerajaan demi masa depan yang  mampan bagi semua pihak. 

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Gading Kencana Sdn Bhd, Dato’ (Dr) Ir.  Muhamad Guntor Mansor Tobeng berkata, “Kami amat gembira kerana Bank Islam  berkongsi visi dengan kami dan komited dalam menyokong pertumbuhan sektor RE  menerusi penyediaan pembiayaan hijau. Perjanjian kemudahan pembiayaan yang  dimeterai ini bukan sahaja mencerminkan hubungan baik antara GKSB dan Bank Islam  yang terjalin sejak 2019 tetapi juga keteguhan sokongan institusi kewangan Islam  terhadap sektor tenaga bersih negara. Menerusinya, kami dapat menjayakan misi untuk  menyediakan tenaga bersih kepada segenap pengguna negara ini,” katanya.  

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa