Siakap Keli
tip sejukkan kediaman tanpa aircond
Gambar: AFP Design

Rumah Bahang ‘Menyengat’? Ikut Tip Ni Sejukkan Kediaman Tanpa Aircond

Rumah Bahang ‘Menyengat’? Ikut Tip Ni Sejukkan Kediaman Tanpa Aircond

Sejak kebelakangan ini, matahari seolah-olah berada sejengkal sahaja dari kepala. Mana tidaknya, Malaysia kini dilanda gelombang haba dengan beberapa kawasan dimaklumkan berada di bawah pantauan.

Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan daerah Pokok Sena, Kedah menjadi kawasan pertama yang mencapai suhu pada Tahap 2. Manakala beberapa kawasan di utara berada pada Tahap 1.

Dalam keadaan sebegini, kipas dan penghawa dingin (aircond) tentunya menjadi alternatif untuk menyejukkan persekitaran rumah termasuk, diri sendiri yang ibarat cacing kepanasan.

Namun, bagaimana pula jika sesetengah rumah tidak menggunakan aircond? Tentunya bahang ini boleh membuatkan isi rumah tidak senang duduk, lagi-lagi mereka yang ada anak kecil.

Jadi, SK akan berkongsikan tip untuk menyejukkan rumah tanpa alat penghawa dingin atau aircond.

Mari ikuti perkongsian daripada Rumah Aina di bawah.

Tip Rumah Sejuk Tanpa Aircond

Gambar: Live in Japan

Buka Semua Tingkap Dan Sliding Door

Buka semua tingkap dan sliding door. Cara ini bertujuan untuk mengeluarkan haba panas terutamanya waktu pagi. Selain itu, pengudaraan di rumah akan menjadi lebih baik.

Sewaktu tengah hari, sliding door boleh ditutup sedikit (tidak tutup terus). Manakala pada bahagian tingkap pula, anda disarankan untuk menggunakan sheer curtain bagi mengurangkan cahaya matahari masuk ke dalam rumah.

BACA: Dari 6 Peratus Naik Ke 8 Peratus, Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang SST

Tutup Lampu Hiasan

Sekiranya di dalam rumah mempunyai lampu yang tidak berkepentingan seperti lampu hiasan, pastikan ia ditutup atau tidak menggunakannya langsung termasuk lilin wangi.

Hal ini kerana, membiarkan ia terus menyala menjadikan rumah bertambah bahang.

tip rumah sejuk tanpa aircond
Gambar: Light Supplier

Sebagai alternatif, anda boleh menggunakan pewangi gel atau fabric freshener bagi mewangikan ruang rumah.

Pokok Hidup

Tahukah anda, sebenarnya meletakkan pokok hidup di dalam atau di laman rumah juga dapat mengurangkan bahang. Bagi rumah bertingkat yang tidak mempunyai tanah seperti pangsapuri, apartmen, flat, anda boleh menanam pokok di dalam pasu.

Kemudian letakkan di bahagian balkoni atau sudut-sudut rumah mengikut citarasa masing-masing. Selain berfungsi mengurangkan panas di dalam rumah, ia juga bertindak sebagai terapi.

Pasang Kipas Sebelum Tidur

Langkah seterusnya, anda juga boleh membuka kipas angin sebelum tidur bagi mengurangkan rasa bahang.

Anda juga digalakkan mandi dan membuka sedikit tingkap agar udara sejuk masuk ke dalam bilik.

Air Ais Dalam Baldi

Ketika siang hari, tentunya panasnya seperti menyengat. Anda juga boleh menggunakan cara ini iaitu meletakkan baldi yang berisi air di dalam bilik.

tip rumah sejuk tanpa aircond
Gambar: TikTok @iqmalfikri_pandarider

Kemudian, letakkan pada kipas bagi membiarkan angin kipas tersebar ke seluruh ruang bilik. Bagi mengurangkan rasa panas, anda boleh meletakkan air ke dalam baldi.

Semoga bermanfaaat.

Sumber: Rumah Aina via Lemon, TikTok @iqmalfikri_pandarider

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.