Siakap Keli
Kredit: AFP

Harga 1 Bitcoin Cecah RM303,000, Pertama Kali Sejak Mei 2021

Harga 1 Bitcoin Cecah RM303,000, Pertama Kali Sejak Mei 2021

Harga Bitcoin dilapor berjaya melepasi angka $60,000 buat kali pertama dalam tempoh lebih dua tahun.

Pencapaian tersebut menyaksikan matawang kripto utama dunia itu semakin menghampiri rekod tertinggi yang pernah dicatatkan beberapa tahun yang lalu.

Menurut laporan Financial Times, nilai Bitcoin meningkat sebanyak 12.6 peratus untuk mencapai angka $63,968 (RM303,560) pada Rabu. Bagaimanapun, nilai tersebut jatuh semula kepada angka sekitar $60,000 selepas itu.

Peningkatan tersebut menyaksikan secara keseluruhan, nilai Bitcoin telah meningkat sebanyak 42 peratus setakat dua bulan pertama tahun ini.

Harga 1 Bitcoin meningkat, cecah RM303,000 pada Rabu

Pada November 2021, nilai Bitcoin mencecah $69,000 (RM327,429) menjadi paras tertinggi yang pernah dicapai dalam sejarah matawang kripto tersebut.

Menurut pengasas bersama Swarm, peningkatan tersebut dijangka akan mendorong lebih ramai pelabur untuk melabur dalam matawang kripto berkenaan.

Manakala penganalisis matawang kripto, Simon Peters berkata, terdapat kemungkinan nilai Bitcoin akan melepasi angka tertinggi yang pernah dicatatkan sebelum ini.

Katanya lagi, peningkatan harga Bitcoin itu tanpa ragu lagi didorong oleh pelancaran Exchange-trade Funds (ETS), selepas mendapat kelulusan pengawal selia di Amerika Syarikat.

ETS yang diuruskan oleh pengurus dana seperti BlackRock dan Invesco itu membolehkan pelabur melabur dalam spekulasi matawang kripto secara sah.

11 entiti pengurus dana miliki keseluruhan 303,000 Bitcoin

Menurut kajian K33, 11 entiti pengurus dana memiliki keseluruhan kira-kira 303,000 Bitcoin yang bernilai sekitar $18 bilion (RM85.42 bilion). Angka berkenaan juga bersamaan kira-kira 1.5 peratus daripada kesuluruhan bekalan Bitcoin.

Dalam pada itu, peningkatan nilai Bitcoin juga berlaku ditengah-tengah peningkatan nilai saham pasaran kewangan tradisional yang lain.

Misalnya pada 22 Februari lepas, nilai pasaran saham gergasi pembuat cip dunia, Nvidia dilapor meningkat sebanyak RM1.3 trilion dalam tempoh sehari, yang didorong keyakinan pelabur dalam teknologi kecerdasan buatan.

Angka berkenaan menjadi peningkatan satu hari terbesar dalam sejarah bursa saham Wall Street. Lonjakan itu juga sekaligus menjadikan modal pasaran semasa Nvidia naik kepada $1.96 trilion (RM9.07 trilion).

Selepas kejayaan itu, Nvidia muncul sebagai syarikat ketiga paling bernilai dalam pasaran saham Wall Street, mengatasi Amazon.com dan Alphabet.

Setakat ini, Microsoft dan Apple menjadi dua syarikat paling bernilai dalam bursa saham tersebut, masing-masing dengan modal pasaran $3.06 trillion dan $2.85 trillion.

BACA: Harga Bitcoin Naik Lebih RM200K, Pertama Kali Terjadi Sejak Mei 2021

Sumber: Financial Times

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.