Siakap Keli

HABIB Abadikan Seni Warisan Bersaman, Anyaman Menjadi Simbol Ikatan Rantaian Kasih Di Aidilfitri 2024

Kuala Lumpur, 1 Mac 2024 – Habib, jenama barangan kemas tempatan meneruskan legasinya dengan menyanjung khazanah warisan budaya Malaysia.

Tahun ini, bertemakan Anyaman, HABIB sekali lagi mengetengahkan ikatan kekeluargaan yang erat sempena kempen Hari Rayanya yang dikenali sebagai Rantaian Kasih. HABIB menjemput para pelanggan untuk menyelami koleksi-koleksi baharu sempena Hari Raya di bilik pameran HABIB serata Malaysia.

Rabu lalu, bertempat di Hotel St. Regis Kuala Lumpur, HABIB mengadakan acara pra pelancaran Koleksi Rantaian Kasih 2024 yang dimeriahkan dengan kehadiran tetamu-tetamu jemputan, rakan-rakan media serta selebriti-selebriti tanah air.

Acara dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Dato’ Sri Meer Habib dan seterusnya tetamu diraikan dengan persembhaan nyanyian daripada Hardy Arbi dan Wany Hasrita yang cukup istimewa.

Acara yang menjadi kemuncak dan paling dinantikan semestinya pertunjukan fesyen yang memperagakan koleksi-koleksi baharu Rantaian Kasih dan penampilan wajah Duta Raya HABIB 2024.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Dato’ Sri Meer Habib berkata, “Dalam pada kita meraikan hari lebaran, HABIB memegang tanggungjawab untuk memelihara warisan berzaman dan memupuk orang ramai untuk terus menghargai kehaulusan seni masyarakat Melayu.

Justeru, kami membawa tema anyaman untuk kempen raya kali ini bagi menghidupkan kembali seni warisan dan memastikan ia tidak tenggelam ditelan zaman.

“Silangan rapi dan ketelitian pada setiap sisi anyaman melambangkan ikatan kekeluargaan, tradisi dan kekayaan budaya, dan ia sangat sinonim dengan Kempen Raya kami, yang dikenali sebagai Rantaian Kasih.”

Amira

Love yourself.