Siakap Keli
gear Parking kereta auto
Kredit: james_alatin via Tiktok

Ramai Salah Buat, Ini Cara Tepat Masuk Gear P Masa “Parking” Kereta Auto

Ramai Salah Buat, Ini Cara Tepat Masuk Gear P Masa “Parking” Kereta Auto

Zaman sekarang, mesti ramai yang dah pakai kereta automatik kan? Memang tak dapat dinafikan bahawa kereta automatik lebih senang dikendalikan berbanding kereta manual.

Walaupun kereta jenis automatik nampak mudah dikendalikan, tetapi jika gaya pemanduan kita tidak betul, ada masalah yang boleh timbul. Misalnya cara kita menarik brek tangan ketika memakir kenderaan.

Bila nak memarkirkan kereta, ada pemandu kereta automatik yang terus meletakkan gear ‘P’ dan menarik brek tangan selepas itu.

Cara betul tukar gear kereta auto masa parking

Untuk pengetahuan anda, tindakan itu mungkin boleh menyebabkan kotak gear mengalami masalah. Apatah lagi jika cara berkenaan diamalkan setiap hari.

Sekiranya kotak gear rosak, anda perlu bersiap sedia untuk memecah tabung dan mengeluarkan kos pembaikian yan boleh mencecah ribuan ringgit.

Justeru, kali SK bawakan video penerangan oleh pengguna Tiktok, @James_Alatin yang berkongsi cara yang tepat untuk memakir kenderaan jenis transmisi automatik.

Ini cara yang betul untuk masuk gear

Menurut @James_Alatin, tindakan menukar terus gear kepada P sebelum menarik brek tangan ketika memakir perlu dielakkan oleh pemandu.

Sebaliknya, pemandu perlu mengalik gear kepada N dahulu, kemudian menarik brek tangan, diikuti gear dialihkan ke kedudukan P.

Mudahnya boleh difahami begini apabila anda memakir kenderaan:

Langkah 1: Tolak gear ke kedudukan Neutral atau N.

Langkah 2: Tarik brek tangan.

Langkah 3: Tolak gear ke kedudukan Parking atau P.

Katanya lagi, dengan mengikuti proses tersebut, peralihan beban yang perlu ditanggung setiap komponen yang terlibat berjalan dengan teratur.

Video ini mendapat 6 juta tontonan dari pengguna TikTok

Menjengah ke ruang komen, rata-rata warga maya berterima kasih dengan perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok berkenaan.

Anda juga boleh menonton video daripada @James_Alatin di bawah untuk memahami lebih lanjut teknik yang dimaksudkan.

Semoga bermanfaat.

BACA: SB Maut Tertembak Ketika Operasi Siasatan Pencerobohan Hutan Simpan Ulu Muda

BACA: Kos Tak Sampai RM600, Lelaki Kongsi Cara Naik Kereta Api Pergi China Dari Perlis

@james_alatin

Gear Yang Betul Masa Parking #Alatin#james_alatin #carmalaysia #education #tiktokmalaysia #tahukahanda #tinted #windowfilm#cermingelap #carmalaysia

♬ original sound – James_Alatin – James_Alatin

Sumber: james_alatin via Tiktok

Athirah

When nothing goes right, go left.