Siakap Keli
bella tkc kys permata
Dr. Sheikh Muszaphar

Bella Dapat Tawaran TKC, KYS & Permata Serentak, Dilema Nak Pilih Yang Mana

Bella Dapat Tawaran TKC, KYS & Permata Serentak, Dilema Nak Pilih Yang Mana

Sophea Isabella, anak kepada Dr. Sheikh Muszaphar dilapor menerima tiga tawaran serentak untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sekolah menengah.

Keadaan itu menyebabkan angkasawan pertama negara bersama isterinya, Dr. Haslina Yunos dalam dilema mahu memilih tawaran yang mana.

Apatah lagi tawaran yang diterima bukan calang-calang, melibatkan kolej-kolej terkemuka dan berprestij tanah air.

Menerusi satu hantaran di laman Instagramnya, Dr. Sheikh Muszaphar mendedahkan anaknya yang mesra disapa Bella menerima tawaran daripada Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Kolej Yayasan Saad (KYC) Melaka dan Kolej Genius Permata Pintar.

Tawaran-tawaran berkenaan diterima selepas keputusan penempatan ke Sekolah Berasrama Penuh keluar semalam.

Bella dapat tiga tawaran serentak, TKC, KYS dan Permata

bella tkc kys permata
Dr. Sheikh Muszaphar

Menurut Dr. Sheikh Muszaphar lagi, ketiga-tiga kolej ini mempunyai reputasi yang baik untuk masa depan anaknya.

Bagaimanapun, pada akhirnya mereka akan membuat keputusan berdasarkan apa yang terbaik untuk Bella.

“Baik untuk impian, cita-cita, kebajikan dan kebahagian Bella,” katanya.

Dalam pada itu, Dr. Sheikh Muszaphar mengakui menitiskan air mata melihat tawaran-tawaran yang diterima selepas menjadi saksi sendiri pengorbanan Bella selama ini.

“Melihat pengorbanan anak, tak kenal erti penat, sentiasa bersemangat, kental jati diri, tak pernah mengalah dan mengeluh. Itulah Bella,” katanya lagi.

Menjengah ke ruang komen, ramai pengkut Dr. Sheikh Muszaphar mengucap tahniah dan berbangga dengan pencapaian Bella.

“Alhamdulillahh tahniah Bella. Kami semua saksi usaha keras Bella dan daddy serta keluarga. Semoga Allah sentiasa merahmati keluarga ini,” kata sitin00rain.

“Anak yang hebat datang dari ibu dan ayah yang hebat,” kata ezasarey pula.

‘Tiga-tiga bagus. Dirilah yang kena pandai menyesuaikan dengan kawan-kawan nanti dan suasana pembelajaran. Matlamat cikgu semua sama, nak anak-anak murid berjaya cemerlang. Itu KPI seorang cikgu” komen murni.shah.

“Tahniah. Boleh jadi angkasawan wanita pertama Malaysia,” komen yigetsu90 pula.

“Tahniah Bella. Anak saya pun dapat tawaran ke KPP. Dalam dilema juga antara KPP & SBP. KYS masih menunggu keputusan pihak tajaan,” kata seorang lagi pengikutnya, marsitah_sonkimura.

Apa pun, tahniah kepada Bella, Dr. Sheikh Muszhapar dan Dr. Haslina.

BACA: Subuh Macam Jumaat, Lebih 1,500 Peserta RXZ Fighter Penuhi Masjid Sultan Ahmad Shah

Sumber: Dr. Sheikh Muszhapar

Athirah

When nothing goes right, go left.