Siakap Keli
subuh macam jumaat rxz fighter
Gambar: Fadzli Kamal

Subuh Macam Jumaat, Lebih 1,500 Peserta RXZ Fighter Penuhi Masjid Sultan Ahmad Shah

Subuh Macam Jumaat, Lebih 1,500 Peserta RXZ Fighter Penuhi Masjid Sultan Ahmad Shah

Lebih 1,500 orang peserta acara RXZ Fighter menyertai program Subuh Warrior Subuh Macam Jumaat yang diadakan di Masjid Sultan Ahamd Shah Kuantan 1 pagi tadi, lapor Sinar Harian.

Perkara berkenaan turut mendapat perhatian Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Fadzli Mohamad Kamal.

Katanya yang turut hadir dalam program tersebut, walaupun para peserta teruja untuk berkumpul di Serambi Teruntum bersempena acara berkenaan, mereka tetap tidak melupakan tanggungjawab kepada agama.

“Dalam suasana gembira untuk menjayakan himpunan RXZ Fighter ini, jangan sekali-kali kita lupa amanah dan tanggungjawab kita sebagai hamba ALLAH di muka bumi ini.

Peserta RXZ Fighter imarahkan masjid, sertai program Subuh Macam Jumaat

https://www.facebook.com/fadzlikamal06/posts/pfbid02PygFyV2krDwHM5SA1gXyyLdirMLQb8K3hTCMGJwZNgUiC15D5uxDNL4odUgZAXDml

“Hari ini kita disambut meriah oleh jawatankuasa masjid negeri yang menyediakan makanan bagi meraikan peminat RXZ yang hadir dari seluruh negara di Kuantan sempena event RXZ Fighter ini,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Dalam pada itu, program tersebut turut dihadiri Imam Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad, Mohd Rizzal Mohd Ali Nafiah. Manakala solat subuh pagi tadi di masjid berkenaan diimamkan oleh Imam 1 Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Muhammad Izzan Idris Al-Hafiz.

Timbalan Mufti Negeri Pahang, Datuk Badli Shah Alauddin turut menyampaikan kuliah subuh dalam program tersebut.

Menurut Sinar Harian, perkarangan masjid turut dimeriahkan dengan kehadiran jentera RXZ dan pelbagai lagi yang dilihat menyambut baik program berkenaan.

Selain di masjid negeri tersebut, Subuh Warrior Subuh Macam Jumaat juga difahamkan turut diadakan diadakan di masjid yang lain.

Selesai sahaja program itu, para peserta kemudian berhimpun di Serambi Teruntum yang menampilkan pelbagai aktiviti sepanjang acara RXZ Fighter berlangsung.

Antaranya adalah Pertandingan Airbrush, Pertandingan Dyno Fighter, Sesi Taklimat Keselamatan dan Konvoi VVIP ke Serambi Teruntum.

Seterusnya diikuti acara kemuncak Majlis Perasmian RXZ Fighter serta majlis cabutan bertuah.

Sementara itu, Fadzli Mohamad Kamal turut mengingatkan semua peserta acara berkenaan agar menghormati pengguna jalan raya yang lain.

BACA: Pengguna Unifi, Ini Empat Servis Yang Terlibat Dengan Kenaikkan SST

Sumber: Sinar Harian

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.