Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Raja Norway Selamat Jalani Prosedur Pasang Implan Perentak Jantung Di Langkawi

Iqbal Yasir
Raja Norway jantung langkawi
Gambar: Felix Kastle via BERNAMA

Raja Norway Selamat Jalani Prosedur Pasang Implan Perentak Jantung Di Langkawi

KUALA LUMPUR, (Bernama) — Raja Norway Raja Harald V selamat menjalani prosedur implan perentak jantung di Hospital Sultanah Maliha di Langkawi pada Sabtu, menurut kenyataan di laman sesawang www.royalcourt.no.

Prosedur itu dijalankan berikutan kadar denyutan jantung baginda yang lemah seperti yang disahkan oleh doktor peribadi baginda Bjorn Bendz.

“Keputusan mengenai prosedur itu dibuat awal hari ini dan prosedur itu berjaya. Baginda dalam keadaan baik tetapi masih memerlukan rehat,” menurut kenyataan itu yang memetik Bendz.

BACA: KWSP Umum Dividen 5.50 Peratus Bagi Tahun 2023

Bendz berkata implan perentak jantung itu membolehkan baginda untuk berangkat pulang ke Norway dengan lebih selamat.

Urusan untuk keberangkatan pulang baginda Ke Norway sedang dijalankan dan proses itu dijangkakan mengambil masa beberapa hari, menurut kenyataan itu.

Bernama pada 28 Feb lepas melaporkan Raja Harald V sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Maliha (HSM) di Langkawi selepas gering ketika bercuti di Malaysia.

Raja Harald V dijadual menyambung semula tugas rasmi pada 8 Mac dan baginda dijadual bertemu ahli Kabinet di Istana Diraja di Oslo, lapor Xinhua.

Sumber: BERNAMA