Siakap Keli
rural capital RM10 juta giatmara

Rural Capital Berhad Tawarkan RM10 Juta, Bantu Usahawan Kontraktor Lepasan Giatmara

Rural Capital Berhad Tawarkan RM10 Juta, Bantu Usahawan Kontraktor Lepasan Giatmara

Putrajaya, 1 Mac 2024 – Sebanyak RM10 juta telah disalurkan dalam bentuk pembiayaan  daripada Rural Capital Berhad (RCB) kepada usahawan kontraktor GIATMARA yang berjaya  mendapatkan projek bina rumah di bawah PPRT. Skim pembiayaan ini adalah merupakan  produk terbaharu daripada RCB dengan jalinan usahasama bersama GIATMARA iaitu Skim  Pembiayaan Kontrak Pembekalan dan Perkhidmatan (SKOPP) di bawah Projek Perumahan  Rakyat Termiskin (PPRT).  

YBhg. Tuan Noor Hariri bin Mohamed Noor, Pengerusi RCB telah menyerahkan mock-up simbolik kerjasama SKOPP kepada YBhg. Datuk Musa bin Haji Sheikh Fadzir, Pengerusi  GIATMARA bagi memenuhi agenda utama kolaborasi RCB dan GIATMARA dalam produk  SKOPP. Sesi penyerahan ini turut disaksikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin  Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kementerian Kemajuan Desa dan  Wilayah (KKDW) ketika sesi walkabout beliau ke reruai RCB dalam Kongres Ekonomi  Bumiputera (KEB) 2024 yang berlangsung pada 1 Mac 2024 bertempat di Pusat Konvensyen  Antarabangsa Putrajaya. 

rural capital RM10 juta giatmara

Pembiayaan SKOPP ini adalah khusus kepada usahawan kontraktor GIATMARA bagi  membantu lebih daripada 200 usahawan merangkumi 500 buah rumah. Program PPRT ini  adalah salah satu program di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan  GIATMARA dilantik sebagai agensi pelaksana program ini. Produk SKOPP ini adalah  merupakan produk pembiayaan yang membantu para usahawan kontraktor lepasan  GIATMARA yang sukar mendapatkan pembiayaan kontrak pembinaan daripada pihak bank  dalam menyiapkan projek-projek bina rumah dalam tempoh jangka masa yang ditetapkan. 

RCB merupakan agensi yang menyediakan pembiayaan iaitu SKOPP kepada usahawan  kontraktor GIATMARA yang terpilih untuk menerima kontrak-kontrak PPRT. Di samping itu,  RCB juga mengendalikan keseluruhan aktiviti pengurusan kredit termasuk pemantauan kerja  kontrak sehingga selesai sepenuhnya dan proses kutipan balik pembiayaan. GIATMARA  pula merupakan agensi pelaksana dalam mempromosikan produk SKOPP, pematuhan  projek, pengeluaran bayaran kepada RCB apabila projek selesai serta menyediakan latihan  pembangunan kepada usahawan lepasan GIATMARA bagi menambahkan kemahiran  tenaga kerja mahir dalam membangunkan industri pembinaan negara khususnya dalam  kalangan bumiputera. 

rural capital RM10 juta giatmara

Turut sama hadir dalam sesi perasmian, YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki,  Pengerusi MARA, YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah Majlis Amanah  Rakyat (MARA), YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan)  MARA, YBhg. Puan Rohayah binti Mohd Zain, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat  Pengurusan) MARA, YBhg. Encik Razlan bin Haji Samsuri, Timbalan Ketua Pengarah  (Pendidikan) MARA, YBhg. Encik Yahaya bin Sani, Pengarah Kanan (Pelaburan) MARA,  YBhg. Dato’ Julainie bin Mohd Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA  Corporation, YBrs. Tuan Haji Hiruddin bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif Rural Capital  Berhad (RCB), YBhg. Ts. Ahmad Hamdi bin Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA, ahli pengurusan RCB dan GIATMARA serta para media.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa