Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Malaysia Salur RM4.08 Juta Bantu Pembangunan Semula Nepal

NEPAL
Kredit: Facebook Mohamad Hasan

Malaysia menyalurkan sumbangan sebanyak AS$1 juta (RM4.08 juta) bagi menyokong usaha pemulihan dan pembangunan semula Nepal selepas negara itu dilanda banjir pada 26 Ogos lalu.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan memaklumkan, sumbangan itu diserahkan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan kepada Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Nepal, Mudita Bajracharya, sebagai tanda solidariti Malaysia terhadap kerajaan dan rakyat negara berkenaan.

Menurut kementerian itu, Mohamad turut menyampaikan rasa simpati dan ucapan takziah Malaysia kepada keluarga yang kehilangan insan tersayang serta semua pihak yang terjejas akibat bencana berkenaan.

“Malaysia terus bersama kerajaan dan rakyat Nepal dalam proses pemulihan dan pembangunan semula, serta akan terus menyokong usaha kemanusiaan antarabangsa dalam semangat kerjasama dan solidariti,” menurut kenyataan itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad menyambut baik kelulusan ordinan baharu kerajaan Nepal yang memendekkan tempoh pengisytiharan kematian mangsa bencana yang masih belum dapat dihubungi daripada 12 tahun kepada 45 hari selepas bencana.

Langkah itu dijangka memberikan kepastian dari segi undang-undang dan pentadbiran kepada keluarga mangsa yang terjejas.

Sementara itu, Mudita memaklumkan bahawa kerajaan Nepal sedang memperincikan ordinan berkenaan serta kaedah pelaksanaannya, termasuk proses pengeluaran sijil kematian.

Intipati
  • Malaysia menyalurkan AS$1 juta untuk membantu pemulihan dan pembangunan semula Nepal selepas banjir.
  • Sumbangan diserahkan Mohamad Hasan kepada Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Nepal, Mudita Bajracharya.
  • Nepal meluluskan ordinan memendekkan tempoh pengisytiharan kematian mangsa bencana kepada 45 hari.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan