Siakap Keli
elon musk manusia terkaya
Gambar: AFP

Harta Tinggal ‘Cuma’ RM936 Bilion, Elon Musk Kini Bukan Lagi Manusia Terkaya Dunia

Harta Tinggal ‘Cuma’ RM936 Bilion, Elon Musk Kini Bukan Lagi Manusia Terkaya Dunia

Jeff Bezos dilapor berjaya memintas Elon Musk untuk muncul sebagai Manusia Terkaya Di Dunia, dalam laporan terbaharu Indeks Billionaire Bloomberg, yang diterbitkan pada Isnin.

Pengasas Amazon itu ketika ini dianggarkan memiliki kekayaan USD200 bilion (RM946 bilion), manakala Musk yang jatuh ke tangga kedua memiliki kekayaan USD 198 bilion (RM936 bilion).

Menurut CNN, kekayaan Bezos menokok sebanyak USD23 bilion (RM108 bilion) sepanjang tahun lepas. Musk pula, merekodkan penyusutan kekayaan sebanyak USD 31 bilion (RM146 bilion) bagi tempoh yang sama.

Mahkota Manusia Terjaya Di Dunia Elon Musk dirampas Jeff Bezos

Terdahulu, Musk merampas semula takhta sebagai Manusia Terkaya Di Dunia bermula 23 Mei 2023, selepas mengambil alih mahkota tersebut daripada CEO LVMH, Bernard Arnault.

LVMH merupakan salah sebuah konglomerat terbesar di dunia yang menaungi pelbagai jenama terkenal antaranya Louis Vuitton, Dior dan Celine.

Arnault berjaya menerajui takhta itu selepas peningkatan jualan produk jenama mewah di bawah LVMH terus memacu kenaikkan saham konglomerat itu. Dalam kemas kini terbaharu, Arnault kini menghuni posisi ketiga dalam senarai Manusia Terkaya Di Dunia dengan kekayaan USD197 bilion.

Ketiga-tiga individu berkenaan saling bersaing antara satu sama lain untuk menerajui takhta indeks berkenaan sejak beberapa bulan lepas.

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Top 5 Manusia Terkaya Di Dunia

Dalam pada itu, CEO Meta, Mark Zuckerberg yang memiliki kekayaan USD179 bilion berada ditangga keempat. Kedudukan Zuckerberg diikuti pengasas Microsoft, Bill Gates yang melengkapkan Top 5 indeks itu dengan kekayaan USD150 bilion.

Billionaire India, Mukesh Ambani muncul sebagai Manusia Terkaya Di Asia selepas berada di kedudukan ke-11 dalam indeks berkenaan dengan kekayaan sebanyak USD115 bilion.

Manakala Low Tuck Kwong, billionaire Indonesia yang berada di kedudukan ke-61 senarai tersebut menjadi Manusia Terkaya Di Asia Tenggara dengan kekayaan USD27.3 bilion.

Tan Sri Robert Kuok, kekal sebagai Manusia Terkaya Di Malaysia apabila memiliki kekayaan sebanyak USD16.7 bilion. Beliau berada di kedudukan ke-114 indeks berkenaan.

BACA: Ramai Tak Perasan, Rupanya Nozel Pam Petrol & Diesel Tak Sama Saiz, Ini Sebabnya

Sumber: CNN, Bloomberg

Athirah

When nothing goes right, go left.