Siakap Keli
Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur
Kredit: Bernama

Biaya Beli Motosikal Sehingga RM10,000, Cara Mohon Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur

Biaya Beli Motosikal Sehingga RM10,000, Cara Mohon Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur

Perkhidmatan penghantaran makanan sudah menjadi satu keperluan dalam masyarakat hari ini. Dengan hanya membuat tempahan melalui aplikasi, makanan anda akan dihantar sehingga ke depan pintu rumah.

Aapabila permintaan semakin tinggi, maka semakin ramai anak muda yang berlumba-lumba mahu menjadi penghantar makanan.

Pekerjaan berkenaan dikatakan lebih fleksibel dan pada masa yang sama memberikan pulangan pendapatan yang setimpal. Ada juga yang menjadi rider secara sampingan untuk menambah wang poket bagi menampung perbelanjaan keluarga.

Namun begitu, untuk menjadi penghantar makanan, anda memerlukan kenderaan seperti motosikal. Masalahnya, bukan semua berkemampuan untuk membeli motosikal serta-merta, kan?

Mujurlah, kerajaan telah melancarkan Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur (SPTM) 4.0, khas untuk membantu usahawan khidmat perhantaran.

Tekun Belia Mobilepreneur di bawah TEKUN Nasional

Menurut portal Manfaat.gov, SPTM 4.0 adalah sebuah skim pembiayaan dalam Belanjawan 2024 yang disediakan TEKUN, agensi dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Skim pembiayaan berasaskan Tawarruq ini adalah merupakan kesinambungan kepada Program TEKUN Mobilepreneur 1.0, 2.0 & 3.0.

Secara umumnya, skim ini bertujuan untuk membantu usahawan perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal seperti penghantar makanan Foodpanda, Grab Food, Lalamove dan lain-lain.

Di bawah skim ini, mereka boleh mendapatkan pembiayaan untuk pembelian motosikal, baik pulih motosikal dan modal pusingan.

Syarat-syarat dan kelayakkan untuk memohon Tekun Belia Mobilepreneur 

Pertama, pemohon mestilah Bumiputera dan Warganegara Malaysia yang berumur 18 – 65 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun).

Kedua, pemohon bukan seorang muflis.

Ketiga, pemohon perlu Mempunyai Lesen/Permit/Daftar Perniagaan (SSM)/Sijil Perakuan Amalan (Program Profesional Muda) yang sah dan masih belum tamat tempoh.

Untuk informal, pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP)/Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)/Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu/Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon/permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu.

Keempat, mempunyai tempat/lokasi perniagaan yang khusus/berniaga secara bergerak (mobile)/atas talian (online).

Kelima, terlibat secara langsung/separuh masa dalam perniagaan.

Keenam, satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan yang berlainan) (kecuali Program Profesional Muda).

Ketujuh, had modal berbayar tidak melebihi RM300,000 (kecuali Program Profesional Muda dan Kontrak-i; RM500,000).

Seterusnya, bagi pembelian kenderaan komersial/jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial/jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon).

Lanjutan daripada itu, bagi pemilikan Perkongsian, pemohon perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi untuk permohonan pembiayaan, manakalabagi pemilikan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan.

Kemudian, aktiviti utama perniagaan usahawan mestilah patuh Syariah.

Antara syarat kelayakan tambahan

1. Mempunyai lesen memandu B1/B2 yang sah.

2. Mempunyai pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar.

3. Mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.

4. Mengemukakan dokumen asal sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal.

4. Pembiayaan yang diluluskan bagi tujuan pembelian motosikal, Borang Pengesahan Pembelian Motosikal perlulah diisi oleh penerima biaya setelah membuat pembelian motosikal seperti sebut harga (quotation) yang dikemukakan semasa permohonan sebagai bukti pembelian.

Penerima biaya Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 wajib membuat bayaran balik menggunakan kaedah berikut:

    • Aplikasi elektronik – Direct Debit e-Mandate yang mempunyai akses perbankan internet (online banking), atau

    • Cek tarikh tertunda.

Berikut merupakan cara memohon

Menurut SPTM lagi, permohonan hanya boleh dilakukan melalui Pejabat Cawangan TEKUN (Over the Counter) yang berdekatan dengan premis perniagaan pemohon atau tertakluk kepada perubahan semasa.

Selanjutnya, muat turun borang permohonan pembiayaan

Pemohon boleh merujuk atau hadir ke   Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan untuk mendapatkan penerangan lanjut.

Kemudian, hanya perlu mengemukakan Borang Permohonan Pembiayaan dan dokumen tambahan (jika berkenaan) seperti berikut:

Dokumen yang diperlukan untuk memohon

1. Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan) (depan dan belakang)

2. Lesen/Permit daripada PBT atau Daftar Perniagaan (SSM) Atau Pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP)/Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)/Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu/Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon/permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu.

3. Gambar perniagaan pemohon yang menunjukkan aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan.

4. Salinan 3 bulan transaksi terkini Penyata Bank akaun Simpanan/akaun Semasa yang mengandungi nama/syarikat pemohon, nama bank dan nombor akaun bank.

5. Dokumen Pengesahan/Perakuan Bekas Penjawat Keselamatan.

Dokumen tambahan:

1. Skim ini adalah mengikut senarai dokumen yang diperlukan dan dokumen tambahan (jika berkenaan).

2. Salinan dokumen pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar / ID e-hailing.

3. Dokumen asal sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal.

4. Tiga (3) bulan penyata e-hailing terkini.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh merujuk menerusi pautan Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0

Semoga bermanfaat.

Sumber: Pembiayaan Tekun Mobilepreneur

Athirah

When nothing goes right, go left.