Siakap Keli

Hot Wheels® Mempersembahkan Siri Netflix Baru Hot Wheels Let’s Race

Kuala Lumpur, 6 Mac 2024 – Bersiap sedia semua para pelumba! Hot Wheels melancarkan Hot Wheels Let’s RaceTM, sebuah siri animasi kanak – kanak baharu terbitan Mattel Television Studios secara global. Diinspirasikan oleh Hot Wheels, jenama permainan nombor satu di dunia*, siri animasi Hot Wheels Let’s Race™ ini merupakan sebuah siri komedi penuh aksi untuk kanak – kanak yang menggabungkan kenderaan – kenderaan luar biasa, memperkenalkan watak – watak yang penuh aksi, perlumbaan pantas, cabaran – cabaran yang mendebarkan dan banyak lagi. Bagi merasmikan acara ini, Hot Wheels memperhidup unsur-unsur dari siri tersebut sebesar saiz hidup di IOI City Mall. 

 

Siri ini memaparkan tentang sekumpulan pelumba generasi baru: Coop, Spark, Mac, Brights, Axle, dan Sidecar menyertai sebuah kem perlumbaan yang sentiasa menguji kemahiran pemanduan mereka. Rancangan ini akan memaparkan pertandingan perlumbaan yang mencabar, aksi-aksi yang ekstrem, dan cabaran – cabaran yang memacu adrenalin setiap pelumba. 

 

“Kami sentiasa berusaha untuk mendekati peminat – peminat kami dari pelbagai lapisan umur dengan cara yang menyeronokkan dengan harapan dapat menyemarakkan dan memupuk semangat bersaing yang terpendam dalam diri mereka dan membantu mereka mencapai potensi diri mereka yang sebenar. Hot Wheels Let’s Race merupakan satu perkembangan yang memberangsangkan bagi kami di Mattel. Kami berharap semua peminat ternanti-nanti akan kemunculan babak-babak yang penuh aksi dan perlumbaan yang mencemaskan menjadi kenyataan” ujar Encik Murat Ariksoy, Pengurus Besar Mattel Asia Selatan. 

Hot Wheels telah bekerjasama dengan Patrick Stump, penyanyi utama kumpulan Fall Out Boys, yang merupakan seorang ahli muzik dan juga penulis lirik yang telah memenangi pelbagai anugerah bagi membantu menetapkan aturan irama dan tempo untuk siri ini. Pada masa yang sama, Stump juga mengetuai proses penggubahan skor muzik, muzik latar dan isyarat muzik bagi setiap episod, dan dalam masa yang sama beliau adalah komposer, penerbit serta merakamkan lagu tema untuk siri tersebut. 

 

Mattel telah mendedahkan rangkaian produk Hot Wheels yang menampilkan kenderaan, latar set, dan jalan cerita siri animasi tersebut. Pengguna boleh bersedia untuk membawa pulang aksi siri Let’s Race ke rumah dengan membeli Hot Wheels Ultimate T-Rex Transporter, Hot Wheels Ultimate Garage, Hot Wheels City Downtown Ice-Cream Shop, Hot Wheels City Nemesis Bat vs. Tire Shop, Hot Wheels City Pizza Slam Cobra Attack, dan Hot Wheels Action Hyper Loop Extreme dan pelbagai lagi. Set-set permainan ini boleh didapati di gedung – gedung utama di seluruh Malaysia.

 

Bagi meraikan pelancaran siri ini, sebuah Kejuaraan Perlumbaan Ultimate Hot Wheels telah diadakan. Peringkat kelayakan telah bermula dari 15 Februari sehingga 3 Mac yang berlangsung di lokasi-lokasi yang terpilih seluruh Malaysia. Bagi acara kemuncak kejuaraan Hot Wheels Let’s Race ini akan diadakan di ruang legar IOI City Mall bermula dari 5 Mac hingga 10 Mac 2024 dan pertandingan akhir bagi kejuaraan ini adalah pada 9 Mac, diikuti dengan kejuaraan kategori terbuka pada 10 Mac. 

 

Ruang legar IOI City Mall akan berubah menjadi sebuah Bandar Hot Wheels bersaiz sebenar yang penuh keasyikan seperti yang disiarkan dalam siri tersebut. 

 

Pengunjung boleh menantikan sebuah Ultimate Garage sebagai acara tumpuan utama dan pelbagai set permainan lain dari Hot Wheels City. Acara tersebut akan dibahagikan kepada empat zon bagi para pelumba muda untuk mereka meneroka dan menakluk:

 

  • Zon Pitstop Hot Wheels adalah tempat di mana pelumba muda boleh mencuba pakaian perlumbaan untuk sesi bergambar.
  • Zon Garage Hot Wheels adalah tempat di mana pelumba muda boleh menguji kepantasan tangan mereka untuk menukar tayar semasa perlumbaan besar!
  • Di Zon Test Drive Hot Wheels, pelumba boleh cuba berlumba dalam permainan Hot Wheels Unleashed 2.0 sebelum perlumbaan besar mereka!
  • Akhir sekali pelumba akan menerima cabaran Zon Lumba Hot Wheels dengan melaungkan “Challenge Accepted!” ke Raceway Challenge, Cobra Challenge dan Flame Challenge

Pelumba yang berjaya menyelesaikan aktiviti mereka di setiap stesen, akan menerima Hot Wheels Flame Badge sebagai cenderahati untuk dibawa pulang.

 

Para peminat Hot Wheels pastinya akan teruja dengan promosi hadiah-melalui-pembelian edisi terhad yang ditawarkan semasa acara berlangsung:

  • Beli RM60 PERCUMA Hot Wheels Short Card Blister 
  • Beli RM160 PERCUMA* Hot Wheels Limited Edition Carry Case (kotak ini boleh disusun di atas satu sama lain untuk memaparkan koleksi- koleksi die-cast yang anda miliki)
  • Beli RM260 PERCUMA* Collector Hot Wheels® Nissan Silvia atau 1x Hot Wheels Monster Trucks Asst

*Dengan pembelian minimum mana-mana set trek

Semua GWP boleh digabung dan boleh dibeli selagi stok masih ada. Tertakluk pada Terma dan Syarat. 

 

Untuk maklumat lanjut berkenaan acara ini dan apa saja tentang Hot Wheels, sila layari laman web https://www.facebook.com/hotwheels.

 

Semua produk Hot Wheels boleh didapati di kedai kedai permainan khas, gedung beli – belah dan kedai atas talian Mattel:

Toys “R” Us: https://www.toysrus.com.my/hot-wheels/ 

Shopee: https://shopee.com.my/mattel.os  

Lazada:  https://www.lazada.com.my/shop/mattel/

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)