Siakap Keli
Gergaji Rantai bersalin
Kredit: Science Focus

Gergaji Rantai Sebenarnya Dicipta Sebagai Alat Bantu Bersalin, Ini Kisahnya

Gergaji Rantai Sebenarnya Dicipta Sebagai Alat Bantu Bersalin, Ini Kisahnya

Mesin gergaji rantai yang sering digunakan untuk menebang pokok dan memotong kayu sebenarnya mempunyai permulaan penciptaan yang sangat menarik.

Untuk pengetahuan anda, alat tersebut sebenarnya dicipta bukan untuk tujuan tersebut. Sebaliknya, alat berkenaan sebenarnya dicipta berabad yang lalu sebagai alat bantu bersalin ketika wanita mahu melahirkan anak.

Terkejut bukan? Namun itulah hakikat sebenar disebalik kewujudan peralatan tersebut.

Begitupun, fizikal gergaji yang dicipta sebagai alat bantu bersalin itu tidaklah seperti mesin gergaji yang kita ada pada hari ini.

Gergaji berkenaan perlu bergantung kepada tenaga manusia, dimana seseorang perlu memusing hand crank yang ada pada alat berkenaan sebelum digunakan.

Gergaji rantai dicipta sebagai alat bantu bersalin

Menurut portal Science Focus, gergaji fleksibel itu diciptakan oleh dua orang doktor iaitu John Aitken dan James Jeffray pada tahun 1785.

Namun begitu, gergaji rantai yang dicipta oleh mereka itu tidaklah seperti zaman sekarang yang lebih besar, sebaliknya ia hanyalah gergaji kecil.

Gergaji rantai pada waktu itu bersaiz hampir serupa dengan pisau dapur moden dengan gigi pisau yang berada pada rantai besi, malah dikuasakan dengan pemutar tangan.

Ketika dicipta, alat berkenaan digunakan membantu dan mempercepatkan proses symphysiotomy (prosedur melebarkan rawan kemaluan) dan membuang tulang yang terkena penyakit.

Alat kemudian dikembangkan oleh Bernhard Heine pada 1830 (seperti gambar dibawah), dikenali sebagai osteotome dan digunakan sebagai alat bantu bersalin.

Kredit: Science Focus

Bagaimana gergaji rantai ini membantu ibu-ibu bersalin?

Seperti yang diketahui, ada sesetengah kes yang melibatkan bayi di dalam perut songsang atau terlalu besar. Jadi, bayi tersebut adakala akan tersepit di bahagian pelvik, rawan dan ligamen atau tulang.

Sebelum kewujudan pembedahan caesarean (C-section), ibu-ibu yang mengalami kesulitan melahirkan kandungan mereka secara normal perlu menjalani satu prosedur untuk melebarkan rawan kemaluan.

Dengan menggunakan gergaji itu, sebahagian daripada tulang dan rawan di bahagian pelvis akan dipotong untuk memberi laluan kepada bayi.

Melalui prosedur tersebut, proses melahirkan bayi yang besar tidak akan memakan masa yang lama.

Menurut Science Focus lagi, penciptaan alat tersebut dianggap antara penemuan terbesar dalam dunia perubatan. Malah, gergaji berkenaan turut digunakan secara meluas dalam prosedur pembedahan yang lain sepanjang kurung ke-19.

Mujurlah, seiring dengan beredarnya zaman dan perkembangan teknologi, dunia perubatan tidak lagi perlu bergantung kepada prosedur symphysiotomy dan osteotome.

Proses bersalin pada hari ini sebenarnya jauh lebih selamat. Manakala, kemajuan daripada segi teknik, amalan klinikal dan kebersihan menjadikan procedur caesarean (C-section) menjadi semakin berjaya.

Gergaji rantai “dilahirkan” semula sebagai memotong kayu pada permulaan abad ke-20

Apabila orang ramai menyedari potensi yang ada pada alat bantu bersalin ini, gergaji kemudian mengalami ‘kelahiran semula’.

Gergaji seterusnya berkembang menjadi alat yang memudahkan kerja-kerja pembalak untuk menebang pokok dan memotong kayu.

Pada 1918, mesin gergaji mudah alih pertama berjaya dicipta. Mesin tersebut dicipta dan dipatenkan oleh pencipta berasal dari Kanada, James Shand.

Kemudian, dunia menyaksikan penciptaan mesin gergaji yang beroperasi menggunakan bahan api dan bateri seperti yang ada pada hari ini.

BACA: Kurma Mentega Jadi “Trending” Menjelang Ramadan, Ramai Pakat Nak Cuba

Sumber: Science Focus

Athirah

When nothing goes right, go left.