Siakap Keli
mydin manjoi ditutup
Gambar: Bernama

MYDIN Manjoi Ditutup Sementara Bermula Hari Ini

MYDIN Manjoi Ditutup Sementara Bermula Hari Ini

IPOH — Pasar Raya Besar Mydin di Manjoi, Perak akan ditutup sementara bermula 11 Mac 2024 (Isnin) susulan kebakaraan yang berlaku semalam.

Perkara itu dimaklumkan MYDIN dalam satu kenyataan ringkas di laman rasmi Facebook MYDIN Malaysia.

Menurutnyan, tarikh dan masa pembukaan pasar raya itu akan dimaklumkan kelak.

“Sebagai alternatif, pelanggan boleh berkunjung ke cawangan MYDIN Meru Raya atau MYDIN Gopeng.

“Segala kesulitan amat dikesali dan terima kasih atas kerjasama anda. Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian Khidmat Pelanggan di talian 1-300-30-8786,” maklum MYDIN dalam satu kenyataan hari ini.

BACA: “Awaklah Yang Selalu Pakai AI Muka Saya Tu?” Siti Nurhaliza Akhirnya Bertemu Abang Foodpanda

https://www.facebook.com/MydinMalaysia/posts/pfbid0CHGegZC9KhGYLNaMjJRh1NS1CDpBrufxJX2HC3EZQZ5VQC8B8fLa3cGFwSAM6k2fl

Struktur bangunan berisiko runtuh 

Dalam perkembangan lain, Sinar Harian melaporkan struktur bangunan pasar raya Mydin Manjoi tidak lagi stabil dan berisiko untuk runtuh susulan terbakar lewat petang semalam.

Difahamkan, sebahagian dinding atas sebelah kanan pasar raya berkenaan merupakan runtuhan pertama yang berlaku sekitar jam 10.35 malam.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon, dinding sebelah kiri bangunan berkeluasan kira-kira 64,000 kaki persegi itu juga kelihatan telah retak dan berisiko untuk runtuh.

“(Struktur bangunan) sudah retak, kalau tengok dari depan tak nampak. Saya nasihatkan tuan-tuan jangan pergi dekat. Memang kita tak benarkan. Sebab strukturnya tak teguh,” ujarnya kepada pemberita.

Tambah Sayani, kerja-kerja pemadaman dilakukan oleh pihaknya sehingga jam 12.30 tengah malam tadi.

Sementara itu, beliau turut menasihatkan penduduk berhampiran agar lebih berhati-hati dan mengambil langkah-langkah keselamatan.

“Saya juga mengingatkan penduduk setempat agar berjaga-jagalah. Saya jangkakan operasi ini akan ambil masa lama sedikit sebab fire load di dalam itu agak tinggi.

“Pengurus Mydin juga ada maklum, di aras atas memang ada kain baju, perkakasan-perkakasan elektrik dan stor. Jadi fire load-nya tinggi, memang akan ambil masa sedikit untuk kita buat pemadaman secara total,” katanya lagi.

BACA LAGI: Boleh Ke Solat Tarawih Lepas Azan Subuh? Ini Jawapan Dr Zulkifli

Sumber: MYDIN Malaysia

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.