Siakap Keli
bitcoin atasi perak

Modal Pasaran Bitcoin Atasi Logam Perak, Kini Jadi Aset Ke-8 Terbesar Dunia

Modal Pasaran Bitcoin Atasi Logam Perak, Kini Jadi Aset Ke-8 Terbesar Dunia

Modal pasaran matawang kripto, Bitcoin dilapor berjaya memintas logam perak untuk muncul sebagai aset kelapan terbesar di dunia, lapor Companies Market Cap.

Menurut paparan data Companies Market Cap, Bitcoin memiliki modal pasaran sebanyak USD1.420 trilion (RM6.65 trilion), manakala logam perak memiliki modal pasaran sebanyak USD1.389 trilion (RM6.50 trilion).

Berdasarkan senarai yang menghimpunkan data modal pasaran semua aset termasuk syarikat awam, logam berharga dan matawang kripto itu, Bitcoin turut mengatasi beberapa syarikat gergasi yang lain.

Atasi logam perak, Bitcoin kini aset kelapan terbesar di dunia dengan modal pasaran RM6.65 trilion

Antaranya Meta di yang berada di tangga ke-10, TMSC (12), Tesla (17) dan Master Card (24). Manakala, Ethereum muncul sebagai matawang kripto kedua dengan modal pasaran tertinggi iaitu USD448.5 bilion (RM2.09 trilion).

Nilai Bitcoin mula melonjak naik sejak awal tahun ini selepas pengawal selia di Amerika Syarikat meluluskan Bitcoin Exchange-Traded Funds (ETF).

ETS yang diuruskan oleh pengurus dana seperti BlackRock dan Invesco itu membolehkan para pelabur melabur dalam spekulasi matawang kripto secara sah.

Menurut kajian daripada BitMEX, modal sebanyak USD9.59 bilion (RM44.88 bilion) mengalir masuk ke ETS sejak 11 Januari lepas.

Minggu lepas, Bitcoin berjaya didagangkan pada rekod baharu, mencecah USD69,200 (RM328,181). Nilai berkenaan berjaya memintas rekod tertinggi yang dicatatkan Bitcoin sebelum ini.

Semalam, Bitcoin sekali lagi mencapai rekod tertinggi apabila didagangkan menghampiri USD73,000 (RM341,640).

Emas kekal sebagai aset nombor 1 dunia, dengan modal pasaran RM68.75 trilion

Dalam pada itu, emas muncul sebagai logam paling berharga dan aset nombor 1 dunia dalam senarai Companies Market Cap.

Menurut senarai itu, emas mempunyai modal pasaran sebanyak USD14.691 trilion (RM68.75 trilion). Di tangga kedua adalah syarikat teknologi dan perisian gergasi, Microsoft dengan USD3.005 trilion (RM14.06 trilion).

Selepas memintas logam perak, Bitcoin memerlukan nilainya didagangkan 10 kali ganda lebih tinggi atau pada USD750,000 untuk mencapai modal pasaran emas.

BACA: Tribute Untuk Akira Toriyama, 20,000 Orang Berkumpul Di Argentina Buat Genki-Dama

Sumber: Companies Market Cap, Nasdaq, Bussines Insider, The Guardians, The Block

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.