Siakap Keli
pemberi maklumat boeing
Kredit: AFP

Pemberi Maklumat Boeing Ditemui Meninggal Dunia, Dipercayai Akibat Kecederaan Sendiri

Pemberi Maklumat Boeing Ditemui Meninggal Dunia, Dipercayai Akibat Kecederaan Sendiri

LOS ANGELAS — Seorang bekas pekerja Boeing terkenal ditemui meninggal dunia pada usia 62 di Amerika Syarikat pada 9 Mac lalu, lapor BBC News.

Lelaki tersebut yang lantang menyuarakan kebimbangan mengenai piawaian keselamatan pengeluaran pesawat syarikat itu meninggal dunia dipercayai akibat kecederaan yang dilakukan sendiri.

Berita mengenai kematiannya disahkan oleh Koroner Charleston County.

Dalam pada itu, Syarikat Boeing turut menzahirkan rasa duka dengan bekas pekerjanya itu.

“Pemergian lelaki tersebut adalah sesuatu yang menyedihan dan kami mengucapkan takziah buat keluarga dan rakan-rakannya dalm waktu-waktu sukar ini.

“Dia, meninggal dunia akibat luka oleh diri sendiri dan kes itu masih dalam siasatan pihak polis,” katanya syarikat penerbangan itu.

Beberapa hari sebelum kematiannya, dia telah memberikan keterangan dalam tuntutan mahkamah terhadap piawaian keselamatan syarikat itu.

Dia telah arnett telah disoal siasat oleh peguam Boeing dan peguamnya sendiri dalam tuntutan mahkamah terhadap gergasi aeroangkasa AS itu di Carolina Selatan.

Lelaki tersebut juga telah berada di Charleston untuk memberikan keterangan undang-undang itu sewaktu hari kematiannya.

Dia yang sepatutnya menjalani siasatan lanjut pada hari Sabtu bagaimanapun tidak dapat dikesan sebelum ditemui mati di dalam traknya di tempat letak kereta hotel.

Sejarah lelaki tersebut

Difahamkan, lelaki tersebut telah berkhidmat bersama Boeing selama tempoh 32 tahun sebelum bersara pada 2017.

Difahamkan, mendiang mengambil keputusan untuk bersara atas sebab faktor kesihatan.

Sejak 2010. dia ditempatkan sebagai pengurus kualiti di kilang North Charleston yang membuat 787 Dreamliner, sebuah pesawat tercanggih jarak jauh.

Bagaimanapun, sembilan tahun kemudian, dia telah menjumpai masalah yang dihadapi oleh syarikat itu hingga boleh mengancam nyawa.

Pun begitu, Boeing menafikan dakwaannya meskipun semakan 2017 oleh pengawal selia AS, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), menyokong perkara itu.

BACA: “Sejuk Je Lalu Tekak”, Khairul Aming Kongsi 4 Menu Air Berbuka

Kredit: Yahoo!

Syarikat gergasi aeroangkasa AS itu berada dalam kawalan yang ketat selepas pintu keluar kecemasan yang tidak digunakan diterbangkan Boeing 737 Max sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Portland.

Hasil siasatan awal daripada Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan AS mendapati bahawa empat bolt kunci yang direka untuk menahan pintu dengan selamat pada tempatnya tidak dipasang.

Sementara itu, FAA pada minggu lalu berkata pihaknya telah menemui beberapa kejadian yang membuktikan syarikat itu gagal memenuhi piawaian keselamatan dan kualiti yang tertinggi.

Perkara itu ditetapkan selepas audit dijalankan selama enam minggu ke atas syarikat tersebut.

Sumber: BBC News

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?