Siakap Keli
roket jepun meletup
Kredit: KYODO

Baru Lima Saat Dilancarkan, Roket Ciptaan Syarikat Jepun Meletup

Baru Lima Saat Dilancarkan, Roket Ciptaan Syarikat Jepun Meletup

Sebuah roket ciptaan sebuah syarikat swasta Jepun dilaporkan meletup di udara selepas lima saat dilancarkan semalam, lapor The Japan times.

Roket Kairos yang terlibat insiden ini memiliki ketinggian dalam lingkungan 18 meter dan berat kira-kira 23 ton (23,000 kilogram)

Difahamkan, roket ini telah membawa model satelit pengintip kerajaan dan telah berlepas dari fasiliti angkasa baharu di Kushimoto, wilayah Wakayama pada jam 11.00 pagi.

Walau bagaimanapun, roket berkenaan didapati meletup ketika berada di ruang udara, hanya lima saat selepas pelancarannya.

Menurut laporan The Japan Times, serpihan roket ini telah bertaburan di kawasan pergunungan yang berdekatan dengan lokasi kejadian.

Sesi siaran langsung yang memaparkan kejadian ini menunjukkan beberapa serpihan badan roket yang ditemui di atas tanah.

Pada masa yang sama, pihak bomba dan penyelamat telah bergegas ke lokasi kejadian untuk memadamkan api kebakaran.

Gabenor Wakayama, Shuhei Kishimoto memberitahu media, api daripada insiden tersebut berjaya dipadamkan dan tiada kecederaan dilaporkan.

@cnn

A rocket carrying a small satellite burst into flames just seconds after lift-off from western Japan on March 13, according to Japanese public broadcaster NHK. No injuries have been reported. #CNN #News #Japan

♬ original sound – CNN

Beliau turut berkata bahawa kegagalan ketika pelancaran roket itu adalah satu ‘langkah besar ke hadapan’. Hal ini kerana, roket berkenaan telah melaksanakan sistem secara autonomi untuk membatalkan penerbangan, seperti yang diprogramkan sebelum ini.

“Roket itu melaksanakan arahan untuk membatalkan penerbangan selepas mengesan masalah,” kata Kishimoto.

Tambahnya, firma berkenaan dapat meraih data-data berharga daripada penerbangan tersebut, walaupun hanya bertahan selama lima saat.

“Perkara ini berlainan dengan letupan yang tidak dapat dikawal, maka saya merasa sedikit lega,” ujarnya.

roket jepun meletup lima saat
Kredit: AFP

Roket berkenaan dijadualkan untuk dilancarkan beberapa hari sebelum hari Rabu

Syarikat yang bertanggungjawab menghasilkan roket tersebut, Space One berkata pihaknya akan menyiasat punca letupan.

Sungguhpun begitu, syarikat itu masih komited untuk mencapai matlamatnya bagi membuat 20 pelancaran ke angkasa menjelang akhir 2029.

“Kami akan mengenalpasti puncanya secepat mungkin dan menjelaskan langkah kami untuk mencegah kejadian ini daripada berulang.

“Melalui langkah sedemikian, kami akan menyambung semula pelancaran kami, menumpukan perhatian untuk merealisasikan perkhidmatan pelancaran roket kecil dan menyumbang kepada pengembangan selanjutnya dalam bidang perkhidmatan angkasa,” ” jelas Presiden Space One, Masakazu Toyoda dalam satu sidang akhbar di Nachi, wilayah Wakayama.

Pelancaran itu sepatutnya dibuat pada Ahad lalu tetapi diubah ke hari Rabu. Penangguhan saat-saat akhir itu disebabkan firma berkenaan mengesan kehadiran sebuah kapal yang berada di perairan berdekatan dengan selatan Semenanjung Kii, betul-betul 10 minit sebelum waktu pelancarannya.

Untuk pengetahuan, syarikat pemula itu merancang untuk melancarkan roket pertama pada 2021 tetapi ditangguh sebanyak lima kali. Antara krisis dunia yang menjadi sebab-sebab penangguhan adalah seperti wabak COVID-19 dan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

BACA: Rindu Suasano Kelate? Secret Recipe Tawar Menu Istimewa Ramadan Untuk Ubati Rindu Anda

Sumber: The Japan times

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma