Siakap Keli
Secret Recipe ramadan

Rindu Suasano Kelate? Secret Recipe Tawar Menu Istimewa Ramadan Untuk Ubati Rindu Anda

Rindu Suasano Kelate? Secret Recipe Tawar Menu Istimewa Ramadan Untuk Ubati Rindu Anda

Secret Recipe, yang terkenal dengan pelbagai hidangan dan pilihan yang lazat, sukacita untuk mengumumkan pelancaran menu Ramadan yang memang dinanti-nantikan ramai iaitu, menu “Jom Berbuka”.

Berilhamkan Nasi Kerabu yang menjadi masakan warisan negeri Kelantan, Secret Recipe mengajak pelanggan untuk menikmati pelbagai pilihan Nasi Kerabu Istimewa sepanjang bulan Ramadan ini.

Dibawakan buat tahun keempat berturut-turut, menu tahun ini membawakan keseronokan menjamu selera bersama keluarga dan rakan taulan, dengan menawarkan beberapa hidangan yang boleh dimakan bersama.

Dari 8 Mac hingga 9 April, Secret Recipe menjemput seisi keluarga dan orang ramai untuk berbuka puasa di restoran mereka bagi menikmati cita rasa asli Nasi Kerabu yang disediakan dalam set hidangan.

Nasi berwarna biru yang terhasil daripada bunga telang, disajikan dengan sayur segar dan lauk sampingan. Makanan tradisional ini pasti menambat selera anda sambil mengeratkan silaturahim dengan orang-orang tersayang.

“Nasi Kerabu yang berasal dari negeri Kelantan di pantai timur Semenanjung Malaysia ialah hidangan kegemaran ramai yang bukan sahaja dinikmati semasa Iftar tetapi juga dalam pelbagai majlis keramaian.

“Aneka warna yang menarik dan ramuannya yang penuh berperisa sesungguhnya melambangkan kepelbagaian dan kelazatan masakan Malaysia. Hidangan nasi biru berlauk ini pasti sesuai untuk dinikmati seisi keluarga dan sanak saudara semasa berbuka puasa bersama pada bulan Ramadan,” kata Evelyn Lee, Ketua Pemasaran Secret Recipe.

Nasi Kerabu mencerminkan pengaruh budaya masakan Melayu, Thai dan Cina dalam sajian yang sebati dan penuh berperisa.

secret recipe ramadan

“Sebagai jenama Malaysia yang sejati, kami berbangga untuk memaparkan penggunaan beraneka ramuan tempatan dan keunggulan cita rasa yang jelas melambangkan keunikan masakan Malaysia melalui Nasi Kerabu Istimewa kami,” ujar beliau.

Hidangan utama dalam menu baharu ialah Nasi Kerabu klasik dalam bentuk asli yang paling ringkas. Nasi berwarna biru dihidangkan bersama telur masin, sayur segar, keropok ikan, sos kelapa, sambal dan sos budu untuk memberikan tekstur dan perisa yang beraneka lagi lazat.

Bagi mereka yang mahukan sumber protein tambahan, menu tahun ini menyediakan pelbagai pilihan lain untuk pengalaman menjamu selera yang lebih enak.

Penggemar makanan laut boleh memesan Nasi Kerabu dengan Ikan Saba Kunyit Bakar, iaitu nasi kerabu berlauk ikan bakar dilumuri kunyit atau Nasi Kerabu dengan Sotong Goreng Kunyit yang menghidangkan nasi kerabu berlauk sotong goreng kunyit yang menambat selera.

Akhir sekali tetapi tidak kurang lazat ialah kombinasi klasik Nasi Kerabu dengan paha ayam yang mesti dicuba.

Diperap dengan kuah percik pedas berempah, anda boleh memilih Nasi Kerabu dengan Ayam Percik atau Nasi Kerabu dengan Ayam Rangup, kedua-duanya dimasak dengan kaedah masakan berbeza tetapi sama enak, iaitu dipanggang atau digoreng garing.

Review jujur berkenaan menu yang disajikan oleh Secret Recipe untuk edisi Ramadan kali ini

BACA JUGA: MetMalaysia Ramal Cuaca Panas Lebih 35 Darjah Celsius Di Semenanjung, Sabah

Siakap Keli sendiri diberi peluang untuk merasai menu ini ketika berada di Secret Recipe 1Utama, Selangor pada Isnin, 11 Mac 2024.

Secara keseluruhan, rasa makanan dan pengalaman ketika menjamah hidangan yang diperkenalkan Secret Recipe untuk edisi Ramadan kali ini sangat memuaskan.

Setiap komponen dalam nasi kerabu seperti keropok ikan, telur masin, budu, sayuran dan sebagainya tidak bersifat ‘overpowering’. Sebaliknya, komponen-komponen ini menjadi sebati dan membentuk rasa yang seimbang.

Secret Recipe ramadan

Kebiasaannya, kita ada merasa sedikit kecewa apabila keropok ikan yang disajikan bersama nasi kerabu menjadi lemau sewaktu menjamah nasi kerabu.

Akan tetapi, keropok ikan yang disajikan bersama Nasi Kerabu Istimewa Secret Recipe sangat rangup dan memiliki ‘hint’ seperti rasa ‘smoky’.

Ini menjadikan hidangan nasi kerabu menjadi lebih unik, seimbang dan memberikan pengalaman yang luar biasa kepada sesiapa yang menjamahnya.

Lauk pauk sumpah tidak mengecewakan!

Hidangan ini sudah semestinya tidak lengkap tanpa sumber protein seperti Ikan Saba Kunyit Bakar, Sotong Goreng Kunyit  dan Ayam Percik.

Ikan Saba Kunyit Bakar yang disajikan adalah dalam bentuk filet, jadi kita tidak perlu bersusah payah untuk mengasingkan tulang semasa menjamah ikan ini.

Oleh sebab ikan ini dibakar, maka kandungan minyak pada ikan ini kurang dan isi ikan lebih berjus. Keenakan ikan ini juga diserikan dengan air asam yang dihidangkan sekali bagi memberikan rasa luar biasa pada ikan ini.

Nasi kerabu mungkin merupakan hidangan yang sering dilihat bersama ikan goreng ataupun ayam goreng, tetapi kita jarang melihat kombinasi hidangan ini bersama ayam percik selain dari waktu Ramadan.

Kehadiran ayam percik dalam menu ini telah menyuntik rasa eksklusif pada hidangan ini, yang hanya wujud sewaktu Ramadan.

Ayam percik yang disajikan juga memiliki daging yang lembut serta kuah kacang yang lazat dan tidak memuakkan. Seperti Ikan Saba Kunyit Bakar, anda juga tidak perlu bersusah payah untuk mengasingkan tulang ayam ketika menikmati hidangan ini.

Perkara ini sekali gus menjadikan hidangan ini mesra keluarga, khususnya bagi kanak-kanak dan warga emas yang dapat menjamahnya dengan mudah.

Selain makanan, Siakap Keli turut berkesempatan merasa dua jenis minuman yang ditawarkan Secret Recipe bersempena Ramadan.

Antara Rose Calamansi Fizz dan Plum Calamansi Fizz, Plum Calamansi Fizz lebih memiliki ‘vibe’ Ramadan kerana kehadiran asam boi dan pudina yang mampu memberi memberikan kesegaran dan ‘menyeru’ badan anda untuk bergiat aktif semula selepas berpuasa selama seharian.

Secara keseluruhan, menu yang disajikan Secret Recipe untuk Ramadan kali ini sangat berbaloi dan tidak mengecewakan anda.

Hidangan ini pasti memberikan kepuasan khususnya bagi golongan yang berkeluarga dan merindui makanan tradisi dari Pantai Timur ini.

Lebih jimat jika anda memesan menu ini secara berkumpulan

BACA: Jangan Tahu Pakai Je, Ini Cara Mudah Bersihkan Cermin Mata 

Untuk kumpulan yang lebih besar, anda sebenanya boleh menikmati penjimatan sehingga RM30. Penjimatan ini boleh dinikmati jika anda memesan hidangan ini bersama untuk dua atau empat orang bagi kombinasi hebat Nasi Kerabu dengan tiga lauk berprotein.

Bukan itu sahaja, lengkapkan hidangan anda dengan minuman menyegarkan seperti Rose Calamansi Fizz atau Plum Calamansi Fizz pada harga diskaun RM6.80.

Anda juga boleh memesan Keropok Ikan tambahan pada harga RM5.90 untuk santapan Ramadan yang benar-benar memuaskan.

Anda juga boleh menikmati kek Chocolate Indulgence sebagai manisan pencuci mulut.

Kek ini boleh didapati dalam saiz 6.5 inci (berat 1kg) di semua cawangan Secret Recipe di seluruh Semenanjung Malaysia, pada harga RM88 untuk dibawa pulang dan RM96.30 untuk makan di restoran.

Kek bersaiz baharu ini sesuai dikongsi bersama keluarga kecil atau pasangan muda, yang boleh dipotong empat hingga enam potongan kek. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati cita rasa unik dan kekayaan budaya menu Ramadan Secret Recipe.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.secretrecipe.com.my.

BACA: Jadual Waktu Berbuka & Imsak Di Seluruh Malaysia 2024

 

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma