Siakap Keli
kod qr singapura
Gambar: Bernama

Hanya Perlu Imbas Kod QR Keluar Masuk Singapura, Ini Perkara Yang Perlu Pengguna Kereta Tahu

Hanya Perlu Imbas Kod QR Keluar Masuk Singapura, Ini Perkara Yang Perlu Pengguna Kereta Tahu

Pengembara yang mempunyai hasrat untuk melancong ke Singapura dengan menaiki kenderaan sendiri tidak lagi perlu menggunakan pasport untuk memasuki negara itu, lapor The Straits Times.

Hal ini kerana sistem tersebut bakal beralih ke sistem pengimbasan kod respons pantas (kod QR) untuk pelepasan imigresen yang lebih mudah dan cepat mulai 19 Mac ini.

Menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), penggunaan imbasan kod QR hanya diguna pakai oleh pengembara dengan kereta yang melalui tempat pemeriksaan Woodlands dan Tuas sahaja.

Oleh itu, SK akan berkongsikan perkara yang perlu diambil perhatian termasuk garis panduan penggunaan kod QR pada peranti mudah alih di bawah ini.

Langkah penggunaan Kod QR 

kod qr singapura
Gambar: App Store

Langkah pertama, pengembara perlu memuat turun aplikasi MyICA dalam telefon pintar mereka. Aplikasi ini boleh di muat turun dalam App Store atau Google Play Store.

Pada halaman utama, anda perlu klik pada ikon kod QR. Kemudian, pengembara akan diberi pilihan untuk meneruskan kod QR secara individu atau berkumpulan.

kod qr singapura
Gambar: MyICA

Jika individu tersebut mengembara secara solo, mereka perlu klik pada ‘my QR Code’ dan isi butiran diri.

Manakala jika pengembara itu datang secara berkumpulan, mereka perlu menyerahkan butiran setiap orang. Bagaimanapun, hanya 10 pasport (maksimum) boleh diisi dalam kod QR berkumpulan.

BACA: Ketahui Sejarah Martabak, Juadah Popular Ketika Ramadan

Untuk makluman, butiran diri setiap pasport boleh disunting, ditambah atau dipadam jika perlu.

kod qr singapura
Gambar: MyICA

Setelah maklumat dihantar, klik pada butang “Halaman Utama Kod QR. Kemudian pada bahagian bawah halaman anda akan diberikan akses kepada kod QR.

Gambar: MyICA

Kod ini perlu diimbas di kaunter pemeriksaan Tuan dan Woodlands bagi pegawai ICA menjalankan pemeriksaan dan mengesahkan maklumat yang dikemukan adalah sah seperti dalam sistem.

Selesai! Anda boleh melancong ke Singapura.

Perkara yang perlu diketahui mengenai sistem ini

Perlu diingatkan inisiatif imbasan kod QR hanya terpakai di dua pusat pemeriksaan (darat) pada setakat ini, iaitu Tuas dan Woodlands.

Manakala di Malaysia, pelancong masih perlu mengemukakan pasport fizikal mereka di pusat pemeriksaan.

Sekiranya pelawat yang berkunjung ke Singapura buat kali pertama, mereka perlu mengemukakan pasport fizikal di kaunter imigresen.

Ia termasuk individu yang masuk ke negara itu dengan pasport yang berbeza sebelum ini.

Kemudian, barulah ciri kod QR boleh digunakan untuk lawatan seterusnya. Jadi, mereka yang telah mengisi hanya perlu imbas kod QR pada mesin pembaca sahaja.

Dalam pada itu, pelawat asing yang pernah melawat Singapura sebelum ini boleh mengisi secara automatik butiran pasport mereka menggunakan fungsi kamera terbina dalam aplikasi MyICA untuk mengimbas Zon Boleh Dibaca Mesin (MRZ) pada muka surat biodata mereka di dalam pasport.

Mereka tidak perlu masukkan butiran peribadi secara manual ke dalam aplikasi MyICA.

Meskipun ciri baharu sudah diperkenalkan, pihak ICA masih menerima pasport secara fizikal.

Sumber: The Smart Local, The Straits Times

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?