Siakap Keli
Lewis Hamilton Singgah
Kredit: Fazreen Idham via X

Lewis Hamilton Buat Kejutan, Lawat SMK Sri Keramat Hari Ini

Lewis Hamilton Singgah Di Salah Sebuah Sekolah Menengah

Juara Dunia 7 kali Formula One (F1), Lewis Hamilton mencipta kejutan apabila dikhabarkan telah melawat SMK Sri Keramat, Kuala Lumpur hari ini.

Berita lawatan pelumba itu ke sekolah berkenaan mula menjadi tular selepas kehadirannya dikongsikan oleh seorang pengguna X (@Fazreen Idham) sebentar tadi.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @Fazreen Idham, Hamilton dilihat berada dalam perkarangan sekolah tersebut dan beramah mesra bersama beberapa pelajar serta guru.

Menurut @Fazreen Idham lagi, Hamilton mungkin melawat SMK Sri Keramat kerana sekolah berkenaan muncul sebagai juara sebuah pertandingan peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh Petronas Chemical Group (PCG) sebelum ini.

Manakala Hamilton pula merupakan pelumba yang mewakili pasukan F1 Mercedes-AMG PETRONAS. Jadi, beliau mungkin hadir ke sekolah tersebut sebagai sebahagian daripada program syarikat petroleum utama negara itu.

“Apa yang dia buat dekat sana”

 Apabila menjengah ke ruangan komen, warga maya seakan tidak percaya dengan kehadiran Lewis Hamilton.

“Ini program CSR Petronas lah. Sporting juga Lewis Hamilton dan Team F1 Mercedes setuju sertai program macam ini. Bagus bagus,” komen seorang warga maya.

“Rajin Lewis datang ke Keramat hari ini. One of the living legends in Formula 1. Tahun ini last dia dalam Mercedes-Petronas. Tahun depan dia dengan Tifosi,” komen lagi seorang warga maya.

Sir Lewis Carl Davidson Hamilton, Juara Dunia Formula 1 

Untuk pengetahuan anda, Lewis Hamilton merupakan seorang pemandu yang berasal dari United Kingdom. Beliau muncul sebagai juara dunia buat kali pertama pada kalendar perlumbaan 2008.

Setakat ini, beliau sudah pun merangkul sebanyak tujuh kejuaraan dunia, sekali gus berkongsi kedudukan dengan legenda F1, Michael Schumacher.

Dalam pada itu, Hamilton juga memegang rekod bagi kemenangan terbanyak (103), petak pertama (104) dan penamat podium (197).

Musim ini menjadi musim terakhir beliau bersama pasukan F1 Mercedes-AMG PETRONAS dan akan berhijrah menyertai seteru, Ferrari pada musim hadapan.

BACA: Isu Kepadatan Murid di SK Cyberjaya Sedang Ditangani – KPM

BACA: 10 Gajet ‘Jatuh’ Harga Sepanjang Ramadan, Berbaloi Beli Untuk Raya

Sumber: @Fazreen Idham via X, formula1

Athirah

When nothing goes right, go left.