Siakap Keli
liverpool sparta praha united
Gambar: AFP

Liverpool Belasah Sparta Praha 6-1 Sebelum Bertemu Man United

Liverpool Belasah Sparta Praha 6-1 Sebelum Bertemu Man United

Liverpool berjaya melangkah ke suku akhir Piala Europa dengan penuh bergaya selepas membelasah Sparta Praha 6-1 dalam aksi kedua pusingan 16 pagi tadi (waktu Malaysia).

Sebenarnya, sebelum aksi pagi tadi berlangsung, tiket Liverpool di pusingan seterusnya hampir terjamin selepas lawan yang sama ditundukkan 5-1 dalam aksi pertama pada 8 Mac lepas.

Kemenangan besar kedua-dua perlawanan tersebut menyaksikan The Reds mencatatkan agregat luar biasa 11-2 ke atas pendahulu Liga Pertama Czech itu.

Dalam aksi pagi tadi, Liverpool membuka tirai jaringan seawal minit ketujuh melalui penyerang sensasi, Darwin Nunez. Bobby Clark kemudian menambah derita lawan melalui golnya pada minit kelapan.

Belasah Sparta Praha, ibarat aksi pemanas badan Liverpool sebelum bertemu Man United

Gol ketiga Liverpool tiba pada minit ke-10 menerusi pemain sayap berbisa, Mohammed Salah.

Jaringan itu juga menyaksikan pemain antarabangsa Mesir tersebut berjaya menjaringkan lebih 20 gol semusim, untuk tujuh musim berturut-turut.

Ia sekaligus menjadikan Salah pemain pertama dan satu-satunya pemain Liverpool yang berjaya mencatatkan rekod berkenaan dalam sejarah kelab gergasi Liga Perdana Inggeris itu.

Bintang Belanda, Cordy Gakpo kemudian menjaringkan gol keempat pada minit ke-14 sebelum lawan berjaya mendapat gol tunggal mereka pada minit ke-42.

Bermula separuh masa kedua, Liverpool tidak menunggu lama untuk menambah jaringan apabila gol kelima hadir menerusi pemain tengah, Dominik Szoboszlai pada minit ke-48.

Cordy Gakpo kemudian memperoleh gol keduanya pada minit ke-55 untuk melengkapkan kemenenangan bergaya 6-1 tersebut.

Sepanjang perlawanan, Liverpool menunjukkan dominasi penuh melibatkan gandingan pemain muda dan senior di atas padang.

Aksi pemanan badan sebelum bertemu Man United

Lebih-lebih lagi pada 20 minit terakhir perlawanan dimana anak buah Jurgen Klopp dilihat seolah-olah sedang beraksi dalam perlawanan pemanas badan, menanti aksi lebih mendebarkan pada 17 Mac ini.

Liverpool dijadualkan untuk menentang satu lagi pasukan gergasi dengan sejarah 13 kejuaraan EPL, Manchester United dalam aksi suku akhir Piala FA.

Aksi yang akan berlangsung pada 11.30 malam (waktu Malaysia) itu merupakan pertemuan kali ke-15 kedua-dua pasukan sepanjang sejarah kejohanan tersebut.

Man United ternyata mempunyai rekod yang lebih baik berbanding Liverpool apabila berjaya memenangi 10 daripada 14 pertemuan sebelum ini.

Aksi suku akhir pada 17 Mac ini juga menjadi penampilan ke-48 Man United di peringkat itu, terbanyak dalam kalangan pasukan-pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan piala tersebut.

Bagaimanapun, rekod pemenang terbanyak Piala FA dipegang oleh Arsenal dengan 14 trofi dan diikuti Man United ditempat kedua dengan 12 piala.

Manakala Liverpool, berkongsi tangga ketiga bersama Chelsea dan Tottenham Hotspurs dengan lapan kejuaraan.

BACA: Tak Pulang Rumah Sejak 12 Mac, Sekolah & Ibu Minta Bantuan Tolong Kesan Anak

Sumber: Piala FA, Statista

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.