Siakap Keli
sistem bas sekolah

Siap Ada Sistem Tersendiri, Ibu Puji Cara Sistematik Bas Sekolah Ini Beroperasi

Siap Ada Sistem Tersendiri, Ibu Puji Cara Sistematik Bas Sekolah Ini Beroperasi

Ibu bapa yang bekerja dan perlu keluar seawal pagi selalunya berdepan sedikit kesukaran untuk menghantar dan mengambil sendiri anak-anak dari sekolah.

Ditambah dengan faktor kesesakan jalan raya, masa terasa semakin suntuk untuk berbuat demikian. Maka disinilah pentingnya kewujudan perkhidmatan vas atau bas sekolah kerana ia akan menyelesaikan banyak masalah.

Selain memudahkan urusan ibu bapa di pagi hari atau di waktu puncak, ia juga dapat mengurangkan jumlah kenderaan di atas jalan raya, lebih-lebih lagi yang menuju arah yang sama seperti ke sekolah.

Namun begitu, perkhidmatan vas atau bas sekolah memerlukan satu sistem pengurusan yang teratur supaya operasi menurun atau mengambil pelajar di hadapan sekolah berjalan lancar.

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Erieqa Erine Rusli telah berkongsi pengalamannya terdapat sekolah yang mengamalkan pengurusan sistematik selepas sesi persekolahan.

Lebih teratur dan sistematik

Salah satu yang saya boleh puji sekolah anak saya kat sini, pengurusan sekolah memang bagus. Teratur dan sistematik. Masa hantar dan balik sekolah, mereka akan dahulukan van dan bas sekolah.

Setiap van dan bus ada petak parking sendiri, dan student akan pakai tag yang bertulis no petak parking dan no plate van/bus.

Lepas semua dah berkumpul dekat dewan, baru naik bas atau van. Lepas bas and van dah bergerak, giliran ibu bapa pula boleh  mengambil anak-anak. Setiap kereta kena cetak nama anak dan kelas dalam kertas A4, letak kertas itu di dashboard and tingkap kiri dan kanan.

Berkumpul dulu di dewan baru naik bas

Bila pandu lalu ke pagar pick up, cikgu akan mengumumkan menggunakan mikrofon nama-nama pelajar. Jadi, pelajar akan ke pagar masing-maisng, ada beberapa pagar ikut darjah.

Sangat efisien, ibu bapa pun tak perlu kecil besarkan mata mencari mana anak kemudian terpekik sampai terkeluar anak tekak nak panggil anak anda yang tengah syok makan keropok lekor seringgit beli kat kantin.

Bagi saya apapun yang paling utama ialah keselamatan anak-anak kita lebih terjamin. Perkara yang boleh dicontohi wajar dipertimbangkan dan digunapakai untuk kebaikan bersama.

BACA: Nampak Selesa, Guru Tak Lokek Berhabis Duit Bonus Untuk “Renovate” Kelas

Sumber: Erieqa Erine Rusli via Facebook

Athirah

When nothing goes right, go left.