Siakap Keli
Azlan Shah juara arrc
Gambar: Azlah Shah Kamaruzaman

Azlan Shah Juara Perlumbaan 1 ARRC Thailand, Jentera Hafizh Syahrin Hadapi Masalah

Azlan Shah Juara Perlumbaan 1 ARRC Thailand, Jentera Hafizh Syahrin Hadapi Masalah

Azlan Shah Kamaruzaman berjaya meraih kejuaraan sulungnya dalam kalendar perlumbaan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) musim ini.

Ia selepas pelumba TKKR Racing Team itu berjaya mendapatkan podium pertama dalam perlumbaan pembukaan yang berlangsung di Litar Antarabangsa Chang, Thailand.

Berbekalkan pengalaman yang dimilik, Azlan yang bermula di petak kelima berjaya memintas pelumba Indonesia, Andi Farid Idzhar pada pusingan terakhir untuk muncul sebagai juara.

Manakala seorang lagi pelumba negara, Zaqhwan Zaidi yang berlumba untu Honda Asia Dream Racing berada di tangga ketiga selepas tamat perlumbaan dengan 13 pusingan.

Sementara itu, penampilan sulung JDT Racing Team dalam ARRC bermula langkah kiri apabila jentera yang dikendali bekas pelumba MotoGP, Hafizh Syahrin berhadapan dengan masalah.

Kejadian itu menyaksikan Hafizh hanya mampu bertahan tidak sampai sepusingan, sekaligus menambatkan perlumbaan di tangga terakhir.

Sumber: Stadium Astro

Athirah

When nothing goes right, go left.